Awek Rusia jadi ‘angau’ selepas makan burger special dari Malaysia. Burger jalanan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya lebih istimewa berbanding dengan jenama restoran makanan segera di luar sana. Menu yang wajib dipesan sudah semestinya tambahan telur dan limpahan sos yang banyak.
Baru-baru ini, seorang pencipta kandungan dari Rusia telah berkongsi sebuah video untuk melihat reaksi kawannya yang merasai burger jalanan kebanggaan Malaysia.
Di dalam video tersebut, seorang wanita bernama Anna telah mengajak kawannya, yang juga berbangsa Rusia, ke gerai burger di tepi jalan untuk merasai burger yang asli.
Anna turut sempat menerangkan sedikit tentang menu daging burger yang dipadankan dengan salutan telur, yang dianggap istimewa bagi warga tempatan.
“Tahukah awak, di Malaysia, apabila mereka menambah sebiji telur, ia dipanggil sebagai ‘special’,” kongsi Anna kepada rakannya.
Setibanya mereka di rumah, mereka mula membuka bungkusan burger yang dibeli dan memberi pendapat pertama mereka terhadapnya.
Selain memuji rupa burger yang menarik, mereka juga menyukai bau burger tersebut selepas menghidunya.
Sebaik sahaja menggigit burger tersebut, mereka terus memuji betapa sedapnya burger jalanan tempatan yang diisi dengan daging lembu dan diliputi telur. Selepas itu, mereka kelihatan sangat teruja dan berulang kali menyebut betapa sedapnya burger itu.
Malah, salah seorang daripada mereka mula memahami mengapa telur ditambah pada burger — untuk meningkatkan rasa dan aromanya.
Mereka mengajar cara sebut sedap dalam bahasa ibunda mereka dalam masa mahu mengeksperesikan betapa nikmatnya burger itu.
@anna13_rus I thought it was Ramli Burger but it’s not..😭@SP STREET STORY ♬ original sound – anna13_rus
Dalam masa yang sama, mereka juga tidak menyangka bahawa rasa burger jalanan kita sesedap itu. Bagaimanapun, mereka sempat berseloroh bertanya di manakah keju yang dimasukkan kerana mereka tidak merasai keju tersebut semasa makan.
“Soalannya sekarang, di manakah keju kami?” soalnya sambil berseloroh.
Video yang dimuat naik oleh Anna ini telah meraih ratusan ribu tontonan dan mendapat banyak maklum balas daripada warga tempatan.
Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian netizen, dan rata-ratanya berbangga melihat jenama burger Malaysia mendapat pujian dari orang luar negara.