Awas `kaki pancing’ dan `kaki snuker’ kerana anda diperhatikan polis

Awas `kaki pancing’ dan `kaki snuker’ kerana anda diperhatikan polis

Awas `kaki pancing’ dan `kaki snuker’ kerana anda diperhatikan polis.

Ini berikutan polis daerah ini bertindak meningkatkan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas mendapati orang ramai semakin leka dan mengabaikan SOP ditetapkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, tindakan tegas termasuk kompaun akan dikenakan tanpa kompromi terhadap orang ramai yang gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Katanya sebagai peringatan, pada 16 Februari lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun dikompaun kerana memasuki premis snuker di Bahau di sini, tanpa lengkap menerima suntikan vaksin.

“Manakala pada 20 Februari lalu, tiga kompaun dikeluarkan terhadap tiga pemancing berusia dari 22 hingga 27 tahun kerana gagal mengimbas MySejahtera ketika memancing udang di sebuah kolam di daerah ini.

Awas `kaki pancing’ dan `kaki snuker’ kerana anda diperhatikan polis

“Pada Khamis lalu, pasukan yang menjalankan pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara ( PPN ) Fasa 4 turut mengeluarkan kompaun terhadap dua individu sedang bermain snuker kerana gagal membuat imbasan MySejahtera,” katanya tadi.

Chang Hook berkata, seorang wanita berusia 50 tahun turut dikompaun kerana tidak mengimbas MySejahtera ketika masuk ke dalam sebuah pasar raya di Bahau di sini, semalam.

Katanya, kesemua individu terbabit dikompaun mengikut Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan kompaun berjumlah RM1,000.

Khamis lalu, daerah ini merekodkan 166 kes positif menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 10,486 kes membabitkan 99 kematian direkodkan sejak Covid-19 melanda negara.

Baca Lagi:

Saintis kelahiran Malaysia maut dalam kemalangan ketika berbasikal di Oxford

Lelaki ini kongsi pengalaman jalan kaki dari KL ke Kelantan nak jumpa anak bini selepas 1 bulan tak kerja

Bank boleh sekat akaun pelanggan mencurigakan – Menteri Kewangan

CATEGORIES
TAGS