Awas ! Jangan bergurau tolak muka pada kek, anda mungkin akan jadi pembunuh

Jangan bergurau tolak muka pada kek anda mungkin akan jadi pembunuh

Awas ! Jangan bergurau tolak muka pada kek, anda mungkin akan jadi pembunuh.

Sambutan birthday biasanya tidak akan lengkap tanpa ada kek. Kek menjadi antara perkara atau benda wajib yang mesti ada dalam setiap sambutan atau majlis harijadi. Di majlis harijadi, mungkin ada yang suka membuat gurauan dengan menggunakan kek.

Walaubagaimanapun, tahukah anda perbuatan ini adalah berbahaya jika anda tidak tahu asal usul kek berkenaan.

Baru-baru ini terdapat satu video klip lama dikongsikan semula di laman sosial mengenai sambutan hari lahir seorang gadis berusia 16 tahun yang tidak sedarkan diri selepas mukanya ditolak oleh kenalan terdekat ke dalam kek dengan niat untuk bergurau.

Awas ! Jangan bergurau tolak muka pada kek, anda mungkin akan jadi pembunuh

Mungkin ramai tidak tahu, kek yang bersaiz tinggi selalunya mempunyai batang kayu atau plastik di dalamnya untuk menyokong kek tersebut supaya tidak jatuh.

Awas ! Jangan bergurau tolak muka pada kek, anda mungkin akan jadi pembunuh

Sesetengah pembuat kek menggunakan batang kayu penyokong yang tajam di hujungnya namun ini bergantung kepada cara setiap individu.

Gadis tersebut pengsan selepas ditolak mukanya ke kek. Walaubagaimanapun, dia dikira bertuah kerana terselamat dan tiada kayu sokongan pada kek, namun tiada jaminan anda juga akan terselamat.

Bayangkan muka anda ditolak dengan kuat ke dalam kek tanpa sempat anda mengelak. Batang penyokong kek tajam tersebut pastinya mampu mencederakan muka anda dan paling menakutkan jika ianya terkena bahagian mata anda. Phew, membayangkannya sahaja sudah membuatkan penulis nyilu.

Oleh itu, seeloknya janganlah kita membuat gurauan yang agak kasar seperti ini dengan rakan-rakan kita. Kalau anda sudah tahu kandungan dan benda dalam kek dan pastikan tiada benda yang berbahaya, itu mungkin cerita lain la, hihi. Lagipun kan membazir je beli kek mahjal-mahal tapi tak makan bukan.

Baca Juga : Hancur hati gadis ini, bakal suami ‘Ghaib’ last minit, 300 kali call tak angkat

Kisah disebalik tauke Cina suami isteri bina surau khas untuk pengunjung mall solat

Doktor kongsi 5 langkah mengurangkan rasa sakit lepas booster

Kerana RM1.00 saya sayang isteri saya…

Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari

Leave a Reply

Your email address will not be published.