Atlet Taekwondo Terengganu gemparkan warganet umum masuk Islam selepas menang pingat emas SUKMA 2024

Photo of author

By Joe

Atlet Taekwondo Terengganu gemparkan warganet umum masuk Islam selepas menang pingat emas SUKMA 2024. Acara sukan Sukma Sarawak tahun ini bukan sahaja menyaksikan anak muda menonjolkan bakat mereka, tetapi juga menyentuh hati netizen.

Seorang atlet dari Terengganu telah menggemparkan warganet apabila mengumumkan bahawa beliau telah memeluk Islam selepas memenangi acara taekwondo.

Memetik Harian Metro, Fu Ceen Put Thai telah terbuka hati untuk memeluk Islam sejak Disember tahun lalu.

Atlet Taekwondo Terengganu gemparkan warganet umum masuk Islam selepas menang pingat emas SUKMA 2024

Menurut atlet berusia 21 tahun itu, dia tertarik dengan kehidupan yang ditampilkan oleh pelakon utama Adi Putra dan Mira Filzah. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mendalami agama Islam.
Dia juga memberitahu bahawa dia merahsiakan keputusan memeluk Islam daripada pengetahuan ahli keluarganya kerana ingin menunggu masa yang sesuai dan tidak mahu ibunya merasa sedih dengan keputusan yang dibuatnya.

“Bila ibu mengetahui saya memeluk Islam, sudah pastinya dia terkejut dan enggan bercakap. Namun, saya membawanya berjalan dan memujuknya secara perlahan-lahan supaya dia boleh menerimanya.

“Saya memang merancang untuk melakukan sujud syukur jika memenangi emas, dan saya rasa itu adalah masa yang sesuai untuk memberitahu ibu.

“Ibu pada peringkat awal tidak boleh menerima kerana mungkin dia terkilan mengetahui perkara ini lewat berbanding orang lain,” katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Terdahulu, Fu Ceen berjaya menewaskan peserta dari Perlis, Muhammad Rafieqqie Danish Md Roshidi dengan keputusan 13-2 walaupun ini kali pertama beliau beraksi di Sukma.

Baca Lagi:
Disebalik tarikh keramat 31 Ogos 1957, ada fenomena luar biasa yang berlaku di angkasa lepas
STR Fasa 3: 8 juta rakyat Malaysia bakal terima bantuan pada 29 Ogos 2024
Wanita hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus di jalan masjid India