Atlet Paraguay kena halau balik kampung kerana terlalu cantik. Perenang Paraguay, Luana Alonso, didakwa diusir keluar dari perkampungan atlet dan dihantar pulang ke negaranya kerana dianggap terlalu cantik sehingga mengganggu tumpuan atlet lain dan pasukannya sendiri.
Menurut laman berita Economic Times semalam, atlet cantik itu diminta meninggalkan perkampungan tersebut dan dihantar pulang beberapa hari sebelum acara penutupan Sukan Olimpik Paris 2024.
Presiden Jawatankuasa Olimpik Paraguay, Larissa Schaerer, menyatakan bahawa kehadiran Alonso memberi ‘kesan yang tidak wajar’ kepada seluruh kontinjen.
“Kehadirannya mencipta suasana yang tidak sesuai dalam pasukan Paraguay,” kata Schaerer.
Kecantikan Alonso juga didakwa mengalih perhatian pesaing lain.
Bagaimanapun, beberapa laporan lain menyatakan bahawa Alonso dihalau keluar kerana ‘berkelakuan tidak senonoh’ terhadap atlet lain.
Lebih mengejutkan, Alonso mengumumkan persaraan dari sukan itu pada usia 20 tahun. Alonso membuat penampilan pertama di Olimpik Tokyo, tiga tahun lalu ketika berusia 17 tahun.