Atlet negara Nor Sarah Adi kecewa galah simpan di stor hilang punca gagal pamer aksi terbaik final lompat bergalah

Atlet negara Nor Sarah Adi kecewa galah simpan di stor hilang punca gagal pamer aksi terbaik final lompat bergalah

Atlet negara Nor Sarah Adi kecewa galah simpan di stor hilang punca gagal pamer aksi terbaik final lompat bergalah.

Atlet Pahang, Nor Sarah Adi tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya dalam final acara lompat bergalah wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2022 apabila dikatakan galah miliknya hilang sebelum turun beraksi, hari ini.

Situasi terbabit menyebabkan Sarah terpaksa menggunakan galah milik atlet lain sebelum gagal melakukan sebarang catatan terbaiknya pada acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Atlet negara Nor Sarah Adi kecewa galah simpan di stor hilang punca gagal pamer aksi terbaik final lompat bergalah

Malah, atlet berusia 22 tahun itu mengakui insiden itu menjadikannya hilang keyakinan ketika beraksi sekali gus tidak dapat menjelmakan sebarang pingat.

“Lompat galah tidak baik, tiada catatan. Saya langsung tidak yakin waktu lompat (walaupun) had ketinggian 2.90 meter (m) sebab saya tidak guna galah saya.

“Saya bawa galah sendiri tetapi mungkin ada orang tukar. Saya tidak tahu mahu cakap apa sebab saya sudah sediakan semuanya letak di stor MSN (Majlis Sukan Negara), semalam.

“Ada orang guna galah saya semalam dan letak balik galah yang salah. Jadi bila saya buka pagi tadi, tengok-tengok bukan galah saya,” kata Sarah yang juga pemenang pingat emas acara sama di Sukan Sea Hanoi 2021.

Bagaimanapun, ratu pecut Sukma 2022 itu tetap menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menegaskan dia akan kembali bangkit dalam kejohanan akan datang.

“Penat dan hamstring antara faktor juga sebab tiga hari saya ada acara. Saya beritahu jurulatih keadaan badan tidak berapa bagus sebab bangun pagi pun rasa badan tidak sedap.

“Saya terima ujian saya pagi ini. Saya perlu fikir macam mana untuk bangkit selepas saya jatuh. Apabila kita selalu menang, kita tak fikir bagaimana untuk tangani dugaan macam ini,” katanya.

Untuk rekod, acara lompat bergalah wanita dimenangi atlet Sarawak, Evelyne Tan Xie Yie dengan catatan 2.90m.

Manakala, atlet Wilayah Persekutuan, Nur Anis Natasha Abdul Razie meraih perak selepas mencatatkan 2.80m dan gangsa menjadi milik Ch’ng Qin Yan dari Pulau Pinang (2.50m).

Baca Juga :

Dah lama mengidam nak pegang janggut UAI agaknya abang ni, bodyguard usya tak puas hati

Bangunan tinggi Telecom 218 meter terbakar

Tular Khairy Jamaluddin keluar UMNO

Lelaki India muncul manusia kedua terkaya dunia “harta bertambah RM 23.58 bilion sehari”, rupanya ini pekerjaannya

CATEGORIES