Atlet memanah Kuala Lumpur guna gigi lepaskan anak panah curi tumpuan

Photo of author

By Joe

Atlet memanah Kuala Lumpur guna gigi lepaskan anak panah curi tumpuan. Atlet memanah Kuala Lumpur, Nursufiah Mohd Nizam, menarik perhatian penonton di Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Lapang Sasar Memanah Petra Jaya, walaupun menamatkan pusingan kelayakan acara compound wanita di tempat ke-11.

Pemanah berusia 27 tahun ini menunjukkan semangat luar biasa apabila melepaskan anak panah menggunakan gigi, setelah kehilangan keupayaan tangan kanannya akibat tumor otak tujuh tahun lalu.

Nursufiah meletakkan anak panah dalam busur menggunakan tangan kirinya, menarik tali busur dengan gigi, kemudian membidik sasarannya dan melepaskan anak panah menggunakan mulutnya.

Atlet memanah Kuala Lumpur guna gigi lepaskan anak panah curi tumpuan

Dalam berkongsi kisahnya, Nursufiah menyatakan bahawa minatnya terhadap sukan memanah bermula selepas menonton filem The Hunger Games, serta terinspirasi oleh bekas juara dunia memanah para, Eric Bennett dari Amerika Syarikat, yang juga menggunakan mulut dalam sukan ini.

“Memang sukar untuk melepaskan anak panah menggunakan mulut. Nak sasar pun susah kerana sasaran lari apabila melepaskan anak panah daripada gigi. Ini kali pertama saya beraksi di Para SUKMA.

“Saya baharu setahun menceburi sukan ini dan terus berminat walaupun hanya menontonnya sekejap. Saya berharap untuk meningkatkan prestasi selepas ini,” katanya yang sedang mengikuti kelas jahitan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi.

Pada aksi hari ini, Nursufiah menamatkan cabarannya di kedudukan ke-11 selepas mengumpul 191 mata.

Baca Lagi:
Billionaire Jepun belanja hampir RM6 juta bina litar lumba peribadi atas gunung
NASA dedah suara ngeri yang menakutkan dari lohong hitam
Peniaga jual aiskrim Malaysia dengan ‘harga kayangan’ RM6 sebatang di kecam netizen