Atlet Indonesia menang pingat emas Olimpik Paris dapat bonus 6 bilion

Photo of author

By Joe

Atlet Indonesia menang pingat emas Olimpik Paris dapat bonus 6 bilion. Atlet Indonesia yang membawa pulang pingat emas dari Sukan Olimpik 2024 di Paris telah menerima ganjaran lumayan berupa hadiah wang tunai sebanyak Rp6 bilion Rupiah dari kerajaan negara tersebut.

Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dito Ariotedjo, semasa menyambut ketibaan atlet negara itu yang baru pulang dari Paris.

Dito mendapat arahan tersebut daripada Presiden Joko Widodo sebagai bentuk penghargaan negara kepada atlet yang telah mengharumkan nama Indonesia di peringkat dunia.

Atlet Indonesia menang pingat emas Olimpik Paris dapat bonus 6 bilion

“Menurut arahan Presiden Jokowi, pemenang pingat emas akan menerima Rp6 bilion (RM1.6 juta), manakala atlet yang membawa pulang pingat gangsa akan mendapat Rp1.6 bilion (RM450,000). Jurulatih atlet yang memenangi pingat emas akan menerima Rp2.75 bilion (RM770,000),” katanya.
“Bagi jurulatih atlet yang memenangi pingat gangsa, mereka akan menerima Rp675 juta (RM190,000),” tambah Dito.

Beliau juga menekankan bahawa pihaknya tidak melupakan jasa atlet yang tidak memperoleh sebarang pingat dalam temasya kali ini, di mana kerajaan telah menyediakan imbuhan bagi mereka.

“Untuk atlet dan jurulatih yang tidak membawa pulang pingat, sebagai bentuk penghargaan dan komitmen kerajaan terhadap temasya Olimpik 2024, kami juga akan memberikan bonus kepada mereka. Kami akan umumkan tidak lama lagi,” katanya.

Sebelumnya, atlet dari negara jiran yang membawa pulang pingat emas menerima bonus sebanyak Rp5.5 bilion, dan kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan jumlah tersebut bagi temasya kali ini.

Indonesia memperoleh dua pingat emas melalui Veddriq Leonardo dalam acara memanjat dan Rizki Juniansyah dalam acara angkat berat lelaki kategori 73kg.

Baca Lagi:
Starbuck pecat CEO sebab tak bawa untung sejak kena boikot
Ramai yang tak tahu, ini sebab kenapa van sekolah perlu dicat warna kuning
Rupanya ini fungsi sebenar butang TCS pada kereta yang ramai orang tak tahu