Asyik buat aksi ‘Superman’ sampai tak sedar dirakam polis, remaja akhirnya ditahan

Asyik buat aksi ‘Superman’ sampai tak sedar dirakam polis, remaja akhirnya ditahan

Asyik buat aksi ‘Superman’ sampai tak sedar dirakam polis, remaja akhirnya ditahan.

Asyik Buat Aksi ‘Superman’ Sampai Tak Sedar Dirakam Polis, Remaja Akhirnya Ditahan. Mendapat lebih dari 700 ribu tontonan di Tiktok (setakat artikel ini ditulis) tular sebuah video seorang remaja yang tidak menyedari kelakuan aksi merbahayanya di atas motosikal, melakukan aksi ‘Superman’ telah dirakam oleh pihak polis.

Tindakan remaja tersebut membawa padah apabila dia ditahan oleh polis berhampiran Plaza Tol Jabor, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada Sabtu.

Dikesan menunggang motosikal secara berbahaya

Dilaporkan menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, remaja yang berusia 18 tahun berasal dari Bandar Jengka, Pahang itu ditahan selepas dikesan menunggang motosikal secara berbahaya.

Remaja tersebut telah melakukan aksi ‘Superman’dengan menundukkan kepala selari dengan meter sambil melakukan zig zag dari lorong kanan jalan ke lorong kiri berulang kali sejauh kira-kira dua kilometer.

Setelah polis mengarahkan remaja tersebut untuk berhenti, suspek enggan dan terus memecut melawan arus ke arah Kuantan, sebelum sekali lagi membuat pusingan-U menghala ke Plaza Tol Jabor.

@malaysianupdatenews Adeh macam mana boleh tak perasan pulak 😭#malaysianupdate #videoviral #trending #fyp ♬ original sound – ZonBebasTV

Motosikal ditunggang suspek terbabas sendiri

Motosikal ditunggang suspek kemudiannya terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari Plaza Tol Jabor menyebabkan suspek mengalami keccederaan ringan.

Suspek kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Baca lagi: 

‘Ada cable boleh lah’ netizen kecam mat rempit guna abang bantu keluar motor dari balai

Mati ketika ‘merempit’ seperti bunuh diri, tempatnya di neraka – Ustaz Azhar Idrus

Bunuh diri? Seorang individu maut jatuh tingkat 4 ke C Floor Suria KLCC

CATEGORIES