Aston Martin V550 tahun 1997 milik monarki Brunei dilelong RM1.2juta

Aston Martin V550 tahun 1997 milik monarki Brunei dilelong RM1.2juta

Aston Martin V550 tahun 1997 milik monarki Brunei dilelong RM1.2juta. Sebuah kereta Aston Martin yang pernah dimiliki oleh keluarga diraja Brunei akan dijual pada harga dijangka mencecah £240,000 (RM1.2 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Model Aston Martin V550 keluaran tahun 1997 itu baru-baru ini menjalani proses pembaikan yang menelan belanja £50,000 (RM265,481).

Laman web jualan kenderaan, PistonHeads berkata, kurang daripada 240 model V550 telah dihasilkan dan kereta itu adalah satu daripada unit yang masih boleh digunakan, manakala jarak pemanduannya sebelum ini hanya 7,193 kilometer (km).

Aston Martin V550 tahun 1997 milik monarki Brunei dilelong RM1.2juta

Ketika zaman kegemilangannya, Aston Martin V550 memiliki enjin paling berkuasa daripada mana-mana kereta yang dihasilkan. Kereta itu mempunyai 550 kuasa kuda daripada enjin V8 sesaran 5.3 liter.

Dua pengecas super turut membantu ia mencapai kelajuan sehingga 96 km sejam (km/j) daripada keadaan pegun dalam masa hanya 4.6 saat, seterusnya mencapai had laju maksimum 299 km/j.

“Banyak penambahbaikan telah dilakukan untuk kereta Aston Martin ini termasuk hos serba baharu, tali pinggang, gasket, pengedap cuaca, lampu dan banyak lagi.
“Secara keseluruhannya, mana-mana ciri yang berkaitan dengan cuaca panas (Brunei) telah digantikan,” demikian menurut iklan pada laman web tersebut.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dikenali sebagai gemar mengumpul pelbagai model kereta dengan kebanyakannya didapati daripada dan dimiliki oleh adindanya, Putera Jefri Bolkiah.

Baca Juga : 
Wanita mahu pulangkan ‘Perisai Antik’ milik Sultan Brunei setelah menjaganya selama 18 tahun
Ramai netizen mengaku dirinya gemuk selepas viral video Raja Permaisuri Agong peluk budak
JPN sahkan ayah masih hidup, post cari ayah dekat FB, tiba-tiba ada wanita call bagitahu sesuatu buat aku terkejut
CATEGORIES