Askar mengaku rogol anak sendiri sebanyak 3 kali, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun, 34 sebatan

tukul hakim Mahkamah e1651182083904

Askar mengaku rogol anak sendiri sebanyak 3 kali, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun, 34 sebatan.

Seorang askar dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 34 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sibu pada Khamis kerana merogol dan melakukan serangan seksual ke atas anak perempuannya.

Tertuduh, Muhamad Hakimi mengaku bersalah di hadapan Hakim Marutin Pagan atas tuduhan merogol anak perempuannya berusia 16 tahun sebanyak tiga kali di dalam bilik rumah panjang mereka dari 11 Mac hingga 26 April lalu.

Askar mengaku rogol anak sendiri sebanyak 3 kali, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun, 34 sebatan
Gambar hiasan

Hakim Marutin menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi setiap tiga pertuduhan.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman satu sebatan bagi setiap empat pertuduhan serangan seksual mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Hakim Marutin memerintahkan supaya hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 21 April.

Kes itu terbongkar apabila mangsa memberitahu gurunya pada 12 April lalu bahawa dia telah dirogol oleh bapanya.

Laporan polis telah dibuat oleh guru berusia 34 tahun itu yang akhirnya membawa kepada penahanan tertuduh.

Baca Lagi:

Suami dalam penjara, Instafemes dari Kedah kantoi bawa lelaki lain tidur sama depan anak-anak

2000 ekor babi hilang di Port Dickson, hati-hati elak beli daging murah

Lelaki ini kongsi cara pantas tukar duit raya RM1, RM5 di bank, tak perlu beratur panjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *