Asal usul ‘chicken chop’, ingatkan makanan dari negara barat, rupanya..

Asal usul ‘chicken chop’, ingatkan makanan dari negara barat, rupanya..

Asal usul ‘chicken chop’, ingatkan makanan dari negara barat, rupanya… Asal usul suatu makanan kerap menjadi bualan hangat sehingga boleh menimbulkan ketegangan.

Makanan dengan identiti yang unik menjadi satu kebanggaan untuk mereka yang mencipta dan memperkenalkan juadah tersebut kepada masyarakat dunia.

Begitulah juga halnya dengan menu popular dalam kalangan rakyat tempatan iaitu chicken chop yang dikatakan sinonim sebagai hidangan makanan Barat.

Asal usul 'chicken chop', ingatkan makanan dari negara barat, rupanya..

Namun begitu, dalam satu ciapan tular di Twitter, seorang pemuda yang dikenali sebagai Azmil Azali memberikan hujah berdasarkan siasatannya untuk menyangkal stigma itu.

“Korang perasan tak, dekat semua kedai western seluruh Malaysia ni mesti ada jual chicken chop.

“Padahal chicken chop tu bukanlah makanan daripada Barat ataupun England,” ujar Azmil membuatkan ramai tertanya-tanya kebenaran di sebalik kenyataan itu.

Asal usul 'chicken chop', ingatkan makanan dari negara barat, rupanya..

Demi menguatkan dakwaannya itu, Azmil mengajak warga maya untuk memesan hidangan chicken chop di Eropah jika berkesempatan melancong ke sana.

“Kalau tak percaya, pergi warung-warung dekat Liverpool dan order chicken chop.

“Mesti dahi deme (mereka) berkerut.

“Dah tu kalau bukan dari England, chicken chop ni berasal daripada mana?” kata Azmil menimbulkan persoalan lanjut.

Azmil kemudiannya mengimbau masa lampau ketika pihak British menjejakkan kaki ke rantau Nusantara untuk menjajah dan menjarah hasil buminya.

“Kisahnya begini masa zaman penjajahan British dulu, deme ada bawa orang Cina beramai-ramai ke Semenanjung Tanah Melayu.
“Dalam ramai-ramai orang Cina tu, kaum Hainan menjadi yang terakhir sampai ke sini. Semasa mereka sampai tu, banyak sektor pekerjaan telah diisi.
“Jadi mereka pun bekerja dengan British sebagai tukang masak dan tukang kebun,” cerita Azmil.

Walaupun begitu, tidak lama selepas itu, dunia dilanda Zaman Meleset (The Great Depression) dan perkhidmatan suku Hainan sebagai tukang masak British terpaksa dihentikan.

“Orang Cina Hainan ni dah mula terbiasa dengan masakan British.

“Dalam masa yang sama, dunia dilanda The Great Depression sehingga menyebabkan banyak kedai dekat Semenanjung Tanah Melayu ‘bungkus’.

“Orang Cina Hainan pun berhenti jadi tukang masak British dan mereka buka kopitiam sendiri,” kata Azmil

Ketika suku Hainan mengusahakan kedai makan mereka sendiri, mereka berinovasi dan mencampuradukkan makanan Barat dan Timur untuk menghasilkan menu hidangan baharu.

“Dekat kopitiam ni orang Cina Hainan bereksperimen untuk hasilkan makanan yang menggabungkan unsur Timur dan Barat.

“Hasilnya lahirlah roti bakar kaya dan chicken chop. Lepas ni jangan terkejut kalau ternampak chicken chop dalam menu kopitiam.

“Sebab itu adalah ciptaan mereka. Senang cerita chicken chop ni berasal dari Malaysia. Tapi kita je salah anggap itu adalah Western food,” kata Azmil menutup bicara.

Azmil memaklumkan penemuan maklumat tersebut dibuat berdasarkan pembacaan buku berjudul Kitab Tamadun Cina nukilan Ayman Rashdan Wong.

Asal usul 'chicken chop', ingatkan makanan dari negara barat, rupanya..

Setakat ini perkongsian Azmil meraih hampir 6,000 ulang ciap di Twitter.

Menyusuri ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya terkejut dengan maklumat yang dikemukakan Azmil itu.

“Pernah makan dekat warung Cina (halal) dekat Kuala Kubu Bharu, tengok menu tetiba ada chichen chop.

“Patutlah chicken chop ni macam susah nak cari dekat Indonesia, kalau ada pun tak sama. Manakala Fish and Chip ada je dekat banyak tempat.

“Bertahun-tahun aku ingat chicken chop tu makanan dari Barat,” kata sebilangan netizen.

Baca Lagi:
Tanpa kita sedar, 5 dosa anak kepada ibu yang dianggap perkara biasa
Pernah bergelar isteri Azri Iskandar, lepas cerai, tak sangka begini kehidupan Ellie Suriaty
Lain macam Aliff Syukri sekarang, badan makin sado berketul-ketul
CATEGORIES