AS ‘kecut perut’ dengan Rusia, batalkan ujian peluru berpandu

AS ‘kecut perut’ dengan Rusia, batalkan ujian peluru berpandu

AS ‘kecut perut’ dengan Rusia, batalkan ujian peluru berpandu. Pentagon mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan menangguhkan ujian pelancaran peluru berpandu nuklear yang dijadualkan pada minggu ini.

Lapor Daily Mail, keputusan itu dibuat bagi mengelak daripada membangkitkan kemarahan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika tentera negara itu membedil bandar-bandar di Ukraine secara berterusan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan AS, John Kirby berkata, tindakan itu disifatkan sebagai ‘langkah berjaga-jaga’ selepas Putin meletakkan pasukan nuklear Rusia dalam keadaan bersiap siaga dan melancarkan serangan bom berangkai di beberapa kawasan di Ukraine.

“Ini bukan langkah mengundur diri, tetapi mengelakkan situasi bertambah buruk, malah AS tidak manu menjadi seperti Rusia yang bertindak melulu,” katanya dalam sidang akhbar.

Ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Minuteman III yang bernilai AS$7,000,000 (RM29.3 juta) itu pada mulanya dijadualkan untuk dilancarkan di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di selatan California.

Dilaporkan, Minuteman III boleh bergerak sejauh 9,654 kilometer (km) pada kelajuan 24,135 kilometer sejam (km/j).

Menurut Kirby, AS tidak mengikut jejak langkah Rusia yang mahu meletakkan pasukan nuklear dalam keadaan bersiap siaga.

Pembatalan ujian pelancaran peluru berpandu nuklear itu merupakan ‘tindakan selamat’ pertama dari AS selepas melaksanakan beberapa sekatan terhadap Rusia disebabkan pencerobohan ke atas Ukraine.

Langkah itu dibuat selepas Tentera Udara AS menggerakkan aset ketenteraannya di sebuah pangkalan di Jepun.

Sementara itu, Kirby mendakwa Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin berasa selesa dengan langkah pencegahan strategik sedia ada untuk mempertahankan negara dan sekutu AS.

Baca Lagi:

Lelaki ini dicari ambil duit pakcik, baik pulangkan muka dah viral ni bang

Vaksin CoronaVac pula dilulus untuk golongan kanak-kanak

Ramai yang tak tahu dengan ‘Meter Minyak E’ berapa kilometer anda boleh pergi

CATEGORIES
TAGS