Artis ‘tersohor’ tanah air disenaraikan menganggotai Dewan Tertinggi MN

Artis ‘tersohor’ tanah air disenaraikan menganggotai Dewan Tertinggi MN

Artis ‘tersohor’ tanah air disenaraikan menganggotai Dewan Tertinggi MN. Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar; bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin serta bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dipilih sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Tidak ketinggalan artis tersohor tanah air, Datuk Jamal Abdillah dan dua pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera turut disenaraikan menganggotai Dewan Tertinggi MN.

Mengumumkan perkara itu, Presiden NGO MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pertubuhan itu juga menyenaraikan dua ahli akademik iaitu pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz dan pendakwah terkenal, Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Menurut beliau, kesemua mereka merupakan antara 30 personaliti Dewan Tertinggi MN.

Artis 'tersohor' tanah air disenaraikan menganggotai Dewan Tertinggi MN

Selain itu, kata Annuar, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan aktivis, Cikgu Izzat Johari turut disenaraikan.

Antara nama lain, ialah, Edmund Santhara, Yahya Ibrahim, Wan Azman Wan Sulaiman, Khairuddin Abdu Hassan, Sofian Ibrahim, Aziz Ibrahim, Zaini Mohamad, Farah Umaira Paruwis, lila Ruzaini Hussain, Faezah Abd Rahman Ali Nor Ahlam, Jasper Supah, Dr Junaidy, Budiman Zohdi, Zurihan Yusof, Tun Faisal Ismail Aziz, Azam Ismail, Chua Hock Kuan dan Subash Chandrabose.

Menurut Annuar, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali turut berdaftar sebagi ahli.

Dalam sidang media sulung MN di Kuala Lumpur pada Khamis, Annuar memaklumkan sejak pendaftaran mula dibuka pada minggu lepas, MN sudah menerima hampir 20,000 permohonan setakat semalam.

Meskipun sambutan dilihat menggalakkan namun Annuar menegaskan MN tidak akan masuk ke dalam kancah politik dan akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Sementara itu, Annuar berkata, gerakan itu turut mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

“Saya bertemu beliau semalam. Saya dapat mengatakan Tun Dr Mahathir memberikan sokongan yang kuat kepada MN.

“Tun Dr Mahathir turut lahirkan kebimbangan beliau tentang kedudukan orang Melayu dan berkata, usaha untuk kebaikan negara dan orang Melayu, beliau akan sokong,” katanya.

Baca Lagi:
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran
CATEGORIES