Arab Saudi wajibkan dos penggalak, kita kena ikut – Menteri Agama

Arab Saudi wajibkan dos penggalak, kita kena ikut – Menteri Agama

Arab Saudi wajibkan dos penggalak, kita kena ikut – Menteri Agama. Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mewajibkan pengambilan dos penggalak ke atas jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan kepada kehendak Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

“Dos penggalak adalah salah satu kehendak (kerajaan) Saudi ke atas jemaah umrah. Mereka ada mengeluarkan circular (pekeliling), jadi kita kena ikut.

“Pintu untuk ke Tanah Suci sudah dibuka mulai hari ini. Jadi jemaah kita kena ikut syarat yang ditetapkan untuk ke sana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Usrah Anak Muda anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Zayan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di sini hari ini.

Mengenai data terkini bakal jemaah umrah yang menerima dos penggalak, Idris berkata, pihaknya tidak mempunyai data berkenaan.

Katanya, statistik mengenai bakal jemaah umrah Malaysia yang sudah menerima suntikan dos penggalak ada pada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana urusan SOP umrah itu adalah di bawah kementerian terbabit.

Baca lagi:

 [VIDEO] Ular dalam pesawat, penerbangan terpaksa dilencongkan ke Kuching.

PANAS !!! Muhyiddin dedah di Facebook siapa pengkhianat yang sebenar

Saintis UK dakwa pemberian vaksin kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah sia-sia

CATEGORIES
TAGS