Apple Watch ‘Selamatkan’ nyawa kanak-kanak perempuan ini, berjaya kesan kanser di apendiks

Apple Watch ‘Selamatkan’ nyawa kanak-kanak perempuan ini, berjaya kesan kanser di apendiks

Apple Watch ‘Selamatkan’ nyawa kanak-kanak perempuan ini, berjaya kesan kanser di apendiks. Seorang kanak-kanak perempuan, Imani Miles, 12 tahun menyatakan Apple Watch miliknya bukan sekadar aksesori tetapi ia juga berfungsi ‘menyelamatkan’ nyawanya.

Menurut Hourdetroit, segalanya bermula pada suatu malam apabila ibu Imani, Jessica Kitchen Flushing menyedari bunyi bip secara berterusan daripada Apple Watch milik kanak-kanak itu.

Perkara itu menyedarkannya tentang kadar dengupan jantung yang tinggi dan luar biasa berbanding kebiasaannya.

“Itu benar-benar pelik kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia terus padam,” katanya yang merujuk kepada bunyi isyarat ‘bip’ tersebut.

Apple Watch ‘Selamatkan’ nyawa kanak-kanak perempuan ini, berjaya kesan kanser di apendiks

Kitchen yang risau lantas membawa anak perempuannya itu ke hospital dan pemeriksaan awal dilakukan doktor adalah membuang apendiksnya sebagai rawatan appendicitis.

Maka ketika itulah mereka mengetahui kewujudan tumor nueroendoktin pada apendiksnya – yang difahamkan kanser itu jarang berlaku pada kanak-kanak.

“Jika (Apple Watch) tidak berbunyi, saya mungkin akan membawanya dalam beberapa hari yang akan datang,” kata Kitchen.

Apple Watch ‘Selamatkan’ nyawa kanak-kanak perempuan ini, berjaya kesan kanser di apendiks

Malah, ketika doktor mengesahkan Imani menghidapi kanser apendiks, kanser itu telah pun merebak ke bahagian badan yang lain. Oleh itu, Imani perlu menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Justeru bunyi isyarat ‘bip’ yang panjang tersebut telah membantu membolehkan kanak-kanak tersebut mendapatkan rawatan awal sebelum penyakit kanser dihidapinya menjadi lebih serius.

Menurut The Journal of Nurse Practitioners, Kitchen berkongsi tentang perasaannya bahawa dia sangat bersyukur kerana jam tangan itu telah memaklumkan tentang keadaan Imani sebelum terlambat.

“Jika dia tidak mempunyai jam tangan itu, ia mungkin menjadi lebih teruk,” kata Kitchen.

Malah, pembedahan Imani yang dijalankan di Hospital Kanak-Kanak C.S. Mott itu dikhabarkan berjaya sepenuhnya.

Kini, Imani memakai Apple Watch miliknya setiap hari dan mereka turut menyebarkan berita tentang faedah tentang teknologi itu.

Sementara itu salah seorang pakar dalam bidang teknologi yang boleh diguna pakai, (wareable technology), João Bocas berkata, penggunaan barang boleh memainkan peranan penting dalam menyokong orang ramai untuk meningkatkan tahap kesihatan.

“Barang itu sendiri tidak akan membentuk satu keajaiban tetapi dengan gabungan usaha manusia ia boleh memperlihatkan kegunaannya,” tambahnya.

Sehingga 2019, teknologi itu telah berkembang menjadi perniagaan sehingga nilainya mencecah RM4,738 juta.

Baca Lagi:
Majikan maut ditetak dengan parang oleh bekas pekerja
Tapau makanan kenduri tanpa izin tuan rumah, ini penjelasan Mufti
Ramai ‘cancel loan’ kereta baru sebab teruja tengok gambar kereta Proton S50
CATEGORIES