‘Apa yang dibuat dulu, dia dah dapat balasan sekarang’, wanita ini dedah pelakon wanita tengah viral sekarang pernah buli dirinya waktu sekolah

Photo of author

By Joe

‘Apa yang dibuat dulu, dia dah dapat balasan sekarang’, wanita ini dedah pelakon wanita tengah viral sekarang pernah buli dirinya waktu sekolah. Tular satu hantaran di Twitter yang kini telah meraih lebih dua juta tontonan mengenai pendedahan seorang wanita mengenai pembulinya di sekolah dahulu. Lebih mengejutkan ramai, pembuli yang dimaksudkan ialah seorang pelakon wanita yang kini sedang menjadi perhatian netizen.

Di dalam perkongsian tersebut, individu itu membalas hantaran berkaitan pelakon wanita itu yang kini ditimpa musibah dengan kejadian malang yang berlaku pada suaminya. Individu itu memerli ciapan tersebut dan mengatakan orang ramai tidak perlu terpedaya dengan pelakon wanita itu yang pernah membulinya dahulu.

'Apa yang dibuat dulu, dia dah dapat balasan sekarang', wanita ini dedah pelakon wanita tengah viral sekarang pernah buli dirinya waktu sekolah

Jelasnya, semasa mereka berada di bangku sekolah, dia telah dibuli oleh pelakon wanita terbabit secara mental. Malah dia juga turut mengalami gangguan seksual apabila pelakon wanita itu yang merupakan rakan sekelasnya bertindak memegang bahagian dadanya tanpa kebenaran.

'Apa yang dibuat dulu, dia dah dapat balasan sekarang', wanita ini dedah pelakon wanita tengah viral sekarang pernah buli dirinya waktu sekolah

'Apa yang dibuat dulu, dia dah dapat balasan sekarang', wanita ini dedah pelakon wanita tengah viral sekarang pernah buli dirinya waktu sekolah

Kongsi gambar kelas

Di dalam ‘thread’ yang sama, individu itu turut berkongsikan gambar kelasnya semasa di bangku sekolah bersama pelakon wanita yang dimaksudkan. Tambahnya, dia pernah menyimpan hasrat untuk membunuh diri gara-gara tertekan kerana dibuli oleh pelakon terbabit dan meminta ibunya untuk menukar sekolah.

Walau bagaimanapun, individu itu berharap orang ramai tidak ‘menyerang’ pelakon wanita terbabit yang kini sedang melalui detik sukar bersama suaminya. Malah dia menganggap sekiranya netizen ‘menyerang’ pelakon itu, ia sama sahaja seperti tindakan membuli seperti yang dilaluinya di zaman sekolah dahulu.

Baca Lagi:
Ini sebab Mahkamah keluarkan waran tangkap kepada Exco Terengganu
Suami OKU, isteri berdepan hukuman gantung sampai mati
Bantuan Tunai RM200 selama 3 bulan untuk rakyat Malaysia