Apa sudah jadi? KLIA dulu airport ke-9 terbaik di dunia, sekarang berada paling bawah

Photo of author

By Joe

Apa sudah jadi? KLIA dulu airport ke-9 terbaik di dunia, sekarang berada paling bawah. Rakyat Malaysia pernah berbangga dengan kualiti layanan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih sedekad yang lalu apabila lapangan terbang ini sering dinobatkan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia.

KLIA meninggalkan jauh pesaing lain ketika itu di rantau Asia Tenggara, termasuk Thailand dan Singapura, sekaligus meletakkannya antara lapangan terbang paling moden di dunia.

Namun, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, prestasi KLIA sebagai pintu masuk utama negara untuk pelancong dan pelabur dari luar negara telah merudum teruk, sehingga menduduki tangga ke-71 dalam senarai yang sama baru-baru ini.

Apa sudah jadi? KLIA dulu airport ke-9 terbaik di dunia, sekarang berada paling bawah

Menurut kajian terbaru, lapangan terbang lain di rantau Asia Tenggara menerima pelaburan yang jauh lebih besar berbanding lapangan terbang di Malaysia. Thailand, misalnya, melabur RM6.6 bilion, manakala Indonesia melaburkan lebih RM12 bilion untuk menaik taraf lapangan terbang mereka.

Di Malaysia, kita hanya mampu melaburkan RM1.4 bilion untuk menaik taraf lapangan terbang kita, jumlah yang hampir 10 kali ganda lebih rendah berbanding Indonesia. Bagaimana KLIA dan lapangan terbang Malaysia yang lain mahu bersaing di rantau ini tanpa pelaburan besar dari pihak luar?

Laluan Antarabangsa Yang Terhad

Apa sudah jadi? KLIA dulu airport ke-9 terbaik di dunia, sekarang berada paling bawah

Kesalinghubungan antarabangsa yang terhad di lapangan terbang tempatan juga merupakan faktor utama yang perlu diberi perhatian untuk meningkatkan sektor pelancongan di Malaysia.

Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, Indonesia, sahaja mempunyai lebih banyak penerbangan antarabangsa berbanding jumlah hubungan antarabangsa untuk tiga lapangan terbang tempatan kita iaitu Langkawi, Pulau Pinang, dan Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga lapangan terbang antarabangsa milik Malaysia ini tidak kurang hebatnya dalam menawarkan destinasi pelancongan yang menarik, tetapi penerbangan yang terhad disebabkan kemudahan dan layanan yang tidak lengkap menyukarkan mereka untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

KLIA Bukan Lagi Destinasi Utama

Dengan hanya 22 laluan antarabangsa di KLIA ketika ini, berbanding Singapura dengan 40 laluan dan Thailand dengan 55 laluan, Malaysia jelas bukan lagi destinasi utama syarikat penerbangan di dunia.

Banyak syarikat penerbangan ternama dari luar negara menganggap KLIA tidak lagi mampu menyediakan kemudahan dan layanan kelas dunia seperti yang ditawarkan oleh negara lain di rantau ini.

@soscilimy KLIA dulu airport ke-9 terbaik di DUNIA tapi sekarang tersenarai kat tempat 71. Jadi apa rancangan diorang untuk pulih airport ni? @iqtodabal #fypシ #soscilimy #klia #lapanganterbang #airport ♬ original sound – SosciliMY

Pelaburan RM10 Bilion Tepat Pada Masanya

Berita tentang perancangan konsortium yang diterajui oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil alih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan nilai pelaburan lebih RM10 bilion adalah tepat pada masanya.

Suntikan modal yang besar ini memang perlu dikeluarkan oleh pihak swasta kerana kerajaan secara bersendirian tidak mampu melakukannya, memandangkan terdapat banyak agenda untuk rakyat yang perlu diutamakan ketika ini.

Pelaburan besar ini berpotensi untuk menyediakan kemudahan terkini dan layanan yang lebih baik di semua lapangan terbang di Malaysia, bukan hanya di KLIA. Selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan, pelaburan dalam MAHB ini juga boleh menarik syarikat penerbangan luar untuk memilih Malaysia sebagai salah satu laluan utama mereka di rantau ini.

Tidak sabar rasanya untuk melihat KLIA dan lapangan terbang lain di Malaysia dinaik taraf dan menjadi antara yang terbaik di dunia, bukan hanya di rantau ini.

Baca Lagi:
Lelaki rogol kenalan ADUN Gombak dipenjara 13 tahun, 2 sebatan
Wanita alami mimpi ngeri selepas kena gigit nyamuk, rambut jadi gugur dan kulit muka menggelupas
Atlet Olimpik pun ada ‘kaki curi’