Apa sebenarnya yang berlaku?, bumi Afrika akan terbelah dua

Photo of author

By Joe

Apa sebenarnya yang berlaku?, bumi Afrika akan terbelah dua. Semakin banyak laporan dan berita tersebar dalam talian menunjukkan kewujudan satu jurang yang dalam di Daerah Narok, Kenya. Belahan di permukaan bumi yang dilaporkan sedalam 15 meter dan 20 meter lebar ini lebih diburukkan lagi oleh cuaca yang sering dilanda hujan.

Seorang ahli geologi berpendapat yang fenomena ganjil ini adalah satu bentuk manifestasi oleh “zon lemah” di rantau itu. Ada beberapa rekahan ini masih baru namun ada beberapa rekahan yang sudah lama terbentuk dan tertimbus oleh abu gunung berapi. Hujan lebat yang turun telah mendedahkan rekahan-rekahan lama ini.

Apa sebenarnya yang berlaku?, bumi Afrika akan terbelah dua

Fenomena ini sudah tentu mencetuskan kekecohan di kawasan terbabit dan menyaksikan banyak keluarga berpusu-pusu berpindah ke tempat lain. Sebuah keluarga dilaporkan sedang menikmati makan malam di rumah ketika satu rekahan berlaku menyebabkan rumah mereka terbelah dua.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Apa sebenarnya yang berlaku?, bumi Afrika akan terbelah dua

Wilayah Kenya ini jelas menunjukkan beberapa kejadian yang agak ekstrem di permukaan bumi namun ia hanya disebabkan oleh aktiviti rekahan lembah yang aktif di sana.

Afrika Timur akan berpecah. Satu sempadan plat tektonik sepanjang 5,000km akan terbentuk sepanjang bahagian timur benua itu yang dipanggil Sistem Rekahan Afrika Timur (EARS). Plat Afrika telah terbahagi kepada plat tektonik Somalia dan Nubia yang akan menjauh antara satu sama lain. Proses ini sudahpun bermula seawak 25 juta tahun yang lalu. Plat Arab juga bergerak jauh menjadikan pembentukan rangkaian rekahan berbentuk Y di rantau Afar.

Zon rekahan yang aktif ini walau bagaimanapun bergerak pada kadar yang sangat perlahan iaitu dengan purata beberapa milimeter sahaja dalam setahun. Ini bermakna, dalam 10 juta tahun dari sekarang, lautan baru akan terbentuk apabila EARS berterusan membelah Afrika.

Terdapat beberapa hipotesis yang menjelaskan mengapa EARS bermula. Hipotesis paling popular adalah satu atau beberapa plume yang terlampau panas dari lapisan mantel naik ke atas dan berada betul-betul di bawah titik rekahan tersebut. Walaupun satu kajian yang dijalankan pada 2014 mengatakan bahawa punca sebenar kejadian masih belum difahami dengan baik, plume gergasi itu adalah penyebab yang paling utama.

Zon rekahan aktif

Beberapa bahagian di wilayah tersebut telah menjadi mendap dalam tempoh beberapa juta tahun manakala ada bahagian yang lain menjadi semakin tinggi. Pemisahan ini telah memecahkan rantau sehingga mencipta mikroplat tektonik seperti plat Victoria dan Rovuma. Keadaan geokimia di bawah EARS ini juga adalah sangat aneh sehingga membentuk gunung berapi seperti yang wujud di alam lain.

Pada tahun 2005, satu jurang glasier bersaiz 8 meter terbentang sepanjang 60km dalam masa hanya 10 hari. Krevas ini terhasil apabila magma yang menuju ke Gunung Berapi Dabbahu di Ethiopia beralih arah di bawah tanah. Ia kemudian menyejuk, membeku dan ditolak naik ke permukaan menyebabkan rekahan. Jurang ini akan terus membesar kerana EARS akan terus merekah.

Apa sebenarnya yang berlaku?, bumi Afrika akan terbelah dua

Apabila berbicara tentang retakan bumi di daerah Kenya ini, ia mungkin berpunca daripada lencongan magma ataupun kadar rekahan naik memuncak menyebabkan ia menjadi besar dengan pantas.

Walau bagaimanapun, menurut Dr. James Hammond, seorang ahli geofizik dari University of London, fenomena luar biasa ini masih tidak dapat dijelaskan dengan sains. Kesemua hipotesis dan teori yang disebarkan buat masa ini hanyalah spekulasi semata-mata.

Bila Allah kata “Jadilah!” maka jadilah ia. Syukur tak anda masih berada di Malaysia?

Baca Lagi:
Tarikh penting STR Fasa 3 dikreditkan sebelum Hari Raya Aidiladha
Dr ajar cara masak Mee Segera yang betul, nak makan kerap pun dah tak risau lepas ini
Makcik umur 54 tahun jadi jutawan segera selepas menang jackpot RM41.45 juta, hanya bermodalkan RM2.00 sahaja