Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan

Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan

Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan.

Memandangkan bank-bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah secara serentak sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin semakin menghampiri kemelesetan ekonomi global pada tahun 2023.

Ia rentetan krisis kewangan dalam pasaran baru dan ekonomi membangun akan memberikan kesan negatif yang berpanjangan, menurut kajian baharu yang komprehensif oleh Bank Dunia.

Bank pusat di seluruh dunia telah menaikkan kadar faedah tahun ini pada tahap peningkatan yang pernah dilihat sejak lima dekad yang lalu, suatu trend yang mungkin berterusan sehingga tahun depan, menurut laporan itu.

Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan

Namun, jangkaan trajektori kadar faedah semasa yang dijangka akan meningkat dan tindakan polisi lain berkemungkinan tidak cukup untuk menurunkan kadar inflasi global kembali ke paras yang dicapai sebelum pandemik.

Para pelabur menjangkakan bank pusat akan meningkatkan kadar polisi monetari global hampir kepada empat peratus menjelang tahun 2023, iaitu suatu peningkatan di mana lebih daripada dua mata peratusan berbanding purata pada tahun 2021.

Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan

Selain itu, kajian tersebut mendapati bahawa jika tidak terdapat sebarang gangguan atau penangguhan bekalan dan tekanan buruh-pasaran reda, peningkatan kadar faedah itu boleh menyebabkan kadar inflasi teras global (tidak termasuk tenaga) sebanyak kira-kira lima peratus pada 2023 iaitu hampir dua kali ganda daripada nilai purata lima tahun sebelum wabak pandemik.

Bank Pusat Naikkan Kadar Faedah

Justeru bagi mengurangkan kadar inflasi global kepada angka yang konsisten dengan sasaran mereka, bank pusat mungkin perlu menaikkan kadar faedah sebanyak dua mata peratusan tambahan, menurut model laporan tersebut.

Jika perkara ini disertai dengan tekanan pasaran kewangan, pertumbuhan KDNK global akan menjadi perlahan kepada 0.5 peratus pada 2023, pengurangan 0.4 peratus dalam terma per kapita yang akan memenuhi definisi teknikal bagi kemelesetan ekonomi global.

Memetik kenyataan Presiden Bank Dunia, David Malpass dalam laporan tersebut:

“Pertumbuhan global menjadi semakin perlahan dengan ketara, dengan kemungkinan lebih perlahan apabila lebih banyak negara jatuh ke dalam kemelesetan. Kebimbangan terbesar saya adalah trend ini akan berterusan, dengan memberikan implikasi yang berpanjangan terhadap orang ramai dalam kemunculan pasaran baru dan ekonomi membangun.

“Untuk mencapai kadar inflasi yang rendah, kestabilan mata wang dan pertumbuhan yang lebih pantas, pembuat dasar boleh mengalihkan tumpuan mereka daripada mengurangkan penggunaan kepada meningkatkan pengeluaran. Dasar yang dibina haruslah disifatkan ‘berusaha’ untuk menjana pelaburan tambahan dan meningkatkan produktiviti dan peruntukan modal, yang penting untuk pertumbuhan dan pengurangan kemiskinan.”

Kesan kemelesetan ekonomi pada masa lampau

Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan

Kajian tersebut memberikan gambaran luar biasa yang dihadapi oleh bank pusat ketika memerangi inflasi hari ini. Beberapa petunjuk kemelesetan global sudah pun memberikan amaran kepada dunia. Ekonomi global pada masa kini berada dalam kelembaban paling teruk diikuti fasa pemulihan selepas kemelesetan ekonomi sejak 1970.

Keyakinan pengguna global telah pun mengalami kemerosotan yang lebih ketara berbanding kemelesetan global sebelumnya. Tiga ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat, China dan kawasan yang menggunakan Euro telah menjadi perlahan dengan ketara. Dalam keadaan itu, walaupun terdapat tekanan sederhana terhadap ekonomi global, ia masih mampu menghumban gergasi ekonomi dunia ke dalam lembah kemelesetan pada tahun hadapan.

Di samping itu, beberapa perisitiwa lampau seperti pengalaman tahun 1970-an, tindak balas dasar terhadap kemelesetan global 1975, tempoh stagflasi berikutnya dan kemelesetan global tahun 1982 menggambarkan risiko yang besar jika kita membenarkan inflasi kekal tinggi untuk jangka masa yang lama, sementara pertumbuhan ekonomi masih lagi lemah.

Apa yang berlaku pada negara kita? Sudah tentu nilai mata wang kita menjadi semakin tidak konsisten. Selain itu, kita terpaksa menanggung kadar yang inflasi yang seterusnya akan menyebabkan mata wang negara kita merosot. Harga barangan pada tahun depan juga dijangka akan naik secara mendadak.

Akhir sekali, sudah jelas kita akan menghadapi keadaan ekonomi yang semakin tenat pada masa yang akan datang. Kita perlu bersedia untuk menghadapi era kemeseletan ekonomi tersebut. Kurangkan perbelanjaan terhadap perkara yang bukan menjadi keperluan dan elakkan menambahkan hutang yang sedia ada.

Baca Lagi:

[VIDEO] Geng ‘hobi mahal’ dikecam ganggu pengguna jalanraya

Mee segera ada perisa “babi” tapi ada logo Halal

Rezeki terpijak, penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) temui batu kristal berharga di Ulu Cheka

CATEGORIES