Apa dah jadi dengan Rantau Panjang Kelantan?, sedih tengok

Photo of author

By Joe

Apa dah jadi dengan Rantau Panjang Kelantan?, sedih tengok. Rantau Panjang, Kelantan merupakan kawasan sempadan Thailand yang terkenal sebagai syurga membeli-belah dan merupakan antara tarikan pelancong.

Namun begitu, tempat yang dahulunya meriah dan dipenuhi pengunjung kini dikatakan semakin sunyi dan tidak sibuk seperti dahulu.

Perkongsian oleh pengguna TikTok @elynaadliviral memaparkan deretan kedai-kedai di kawasan tersebut kelihatan sangat sunyi dan banyak premis yang tidak beroperasi.

Apa dah jadi dengan Rantau Panjang Kelantan?, sedih tengok

Di Rantau Panjang, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan seperti peralatan dapur, jersi, kasut sukan, pakaian berjenama, barangan kanak-kanak, dan sebagainya.
Namun, dalam video berkenaan, kawasan tumpuan pelancong itu kelihatan begitu suram. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendakwa bahawa harga barang di situ tidak murah seperti dahulu.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa barangan di situ kini sama harga seperti di Kuala Lumpur, walaupun sepatutnya kawasan tersebut adalah zon bebas cukai.

@elynaadliviral Rantau panjang bila hari sekolah ,😭😭😭,please tolong buat satu keceriaan rantau panjang 😭😭,buat tarikan rantau panjang #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #pekanrantaupanjang #thailand🇹🇭 #pekanrantaupanjangkelantan ♬ bunyi asal – ELYNAADLIVIRAL

Apa dah jadi dengan Rantau Panjang Kelantan?, sedih tengok

Pun begitu, ramai juga netizen yang mengakui, kini orang ramai lebih suka untuk membeli barangan sebegitu secara atas talian kerana harga yang jauh lebih murah.

Apa dah jadi dengan Rantau Panjang Kelantan?, sedih tengok

Korang ada pengalaman pergi ke Rantau Panjang?

Baca Lagi:
Sarawak kini jadi negeri paling kaya dalam Malaysia, jumpa lubuk emas bernilai RM1.25 trilion
Bangunan tertinggi di dunia tapi tiada penghuni, ini sebabnya
“Perniagaan ayah tak menjadi dan bankrup, duit selalu tak cukup, akhirnya mak buka cerita sebenar ayah aku seorang merbahaya!”