Apa dah berlaku?, Benua Afrika bakal ‘terbelah’ dua

Apa dah berlaku?, Benua Afrika bakal ‘terbelah’ dua

Apa dah berlaku?, Benua Afrika bakal ‘terbelah’ dua. Baru-baru ini, tular kembali satu imej di media sosial menunjukkan apa yang dikatakan perpecahan benua di Lembah Rengkahan Kenya (Kenyan Rift Valley), yang menyaksikan benua Afrika seakan ‘terbahagi’ kepada dua.

Keretakan besar di dalam tanah itu didakwa sebagai bukti bahawa pergerakan tektonik membelah benua.

Satu laporan mendakwa rekahan besar yang berlaku sepanjang kira-kira 35 batu (kira-kira 56 kilometer) di padang pasir Habsyah sebagai bukti terhadap dakwaan berkenaan.

Apa dah berlaku?, Benua Afrika bakal 'terbelah' dua

The Guardian pertama kali melaporkan perkara ini pada 2018, dengan menyatakan ciri-ciri geologi itu berkemungkinan disebabkan hakisan secara tiba-tiba, dan bukannya pergerakan tektonik yang merentasi benua.

Apa itu lembah rengkahan?

Ada pendapat mendakwa benua Afrika boleh ‘terbelah’ dua kerana plat tektonik di bawah permukaan tanah beralih secara perlahan-lahan.

Menurut pandangan berkenaan, aktiviti tektonik berlaku dengan fenomena seperti gempa bumi dan gunung berapi, namun cenderung tertumpu di sekitar kawasan tertentu.

Istilah rift valley atau lembah rengkahan pula digunakan untuk menggambarkan tempat plat tektonik secara beransur-ansur bergerak lebih jauh antara satu sama lain.

Pergerakan itu meninggalkan lurah dan membentuk retakan yang dalam, disebut sebagai punca keretakan yang dilihat di benua Afrika.

Penyelidik percaya bahawa pergerakan tektonik di Afrika akan membuatkan benua ‘terbahagi’ dua di sepanjang Great Rift Valley, dan membentuk garisan dari barat daya Asia ke kawasan dikenali sebagai Horn of Africa yang meliputi tanah di Somalia, Habsyah, Kenya.

Ini menyebabkan kawasan sekitar Somalia menjadi terasing daripada seluruh benua Afrika, dan dasar laut boleh ‘merebak’ ke dalam kawasan permukaan kosong yang terhasil daripada aktiviti berkenaan.

Apakah penyebab rekahan di Kenya?

Kenya mengalami beberapa perubahan iklim melampau iaitu tempoh cuaca panas dan kering berterusan menyebabkan hujan lebat tiba-tiba sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada banjir.

Sebelum keretakan di Kenya itu mula dikenal pasti, terdapat hujan lebat yang menghakis tanah kering dengan jumlah air hujan tinggi dalam tempoh singkat boleh mewujudkan alur di permukaan lebih dalam.

Kajian juga menunjukkan kawasan sekitar garisan sesar utama lebih berkemungkinan mengalami hakisan disebabkan kepekatan abu gunung berapi yang tinggi daripada biasa.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan The Guardian, penjelasan mudah mengenai fenomena rekahan di Lembah Rengkahan Kenya itu sebenarnya disebabkan hakisan di bawah permukaan tanah susulan hujan lebat.

Ini mengambil kira kejadian sama dilaporkan di kawasan lain di negara di rantau berkenaan, pada masa ia pertama kali dilaporkan pada 2018.

Namun, menurut The Guardian, ia bagaimanapun tertakluk kepada kajian penyelidik yang masih berterusan mengenai perkara ini.

Baca Lagi:
Senarai penuh 25 calon menang jawatan ahli MKT UMNO
Polis cari pemandu Toyota Wish ‘ghaib’ selepas kejar mengejar dalam perumahan Felda Waha
9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut
CATEGORIES