Apa cerita ini? Minyak RON95 Malaysia dijual secara terbuka di Thailand. Biasanya, pasar-pasar menjual barangan kering seperti beras, gula, tepung, dan minyak masak. Namun, Pasar Sempadan Wang Prachan di Wilayah Satun berhampiran Wang Kelian, Perlis, mempunyai ciri unik.
Laporan dari Berita Harian mendapati pasar ini juga menjual petrol RON95 dalam botol 1.5 liter dengan harga 45 baht (RM5.76). Pasar ini dikatakan menjadi pusat jualan barang subsidi Malaysia yang diseludup ke Thailand oleh sindiket.
Ketidakhadiran stesen minyak dalam radius tiga hingga lima kilometer berdekatan dengan sempadan serta harga petrol di pasaran tempatan sebanyak 46.54 baht (RM5.96) se liter, mengukuhkan keyakinan kami.
Menurut laporan Berita Harian, seorang penduduk tempatan yang ditemui, Dini, berusia 50-an berkata, “Saya dengar diesel di Malaysia sudah menjadi mahal. Kedai di sini hanya menjual petrol Malaysia sahaja dengan harga 45 baht untuk kegunaan motosikal di sini. Diesel sukar untuk didapati kerana perlu bekas yang besar untuk kegunaan van, lori, atau bas.”
Sejak kenaikan harga diesel pada 10 Jun lalu, penjualan diesel di stesen minyak komersial berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, terutama di Wang Kelian dan Padang Besar, menunjukkan penurunan signifikan.
An Yusran, 48, seorang pengusaha stesen minyak tempatan, berkata, “Selepas harga naik kepada RM3.35, penjualan diesel terutama van, trak, atau kenderaan pacuan empat roda dari Malaysia untuk mengisi diesel di sini telah berkurangan lebih daripada 50 peratus.”
Pada masa yang sama, pengusaha stesen minyak tidak bersubsidi di sekitar sempadan Malaysia-Thailand melaporkan peningkatan dalam penjualan diesel sejak penghapusan subsidi.
Seorang pemilik stesen minyak di Wang Kelian menyatakan, “Sebelum ini, kenderaan diesel dari Thailand mengisi sekitar 30 liter sebelum bergerak ke destinasi mereka. Kini mereka mengisi antara 70 hingga 80 liter, kerana mengisi diesel di stesen minyak di luar Perlis.”
Tambahnya lagi, langkah-langkah kerajaan telah membantu perniagaan mereka dan mengurangkan penyeludupan diesel di sempadan.