Anwar Ibrahim tolak guna Mercedes S600

Anwar Ibrahim tolak guna Mercedes S600

Anwar Ibrahim tolak guna Mercedes S600. Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas saya.

“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar Ibrahim tolak guna Mercedes S600

Anwar sebelum ini juga mengumumkan tidak akan mengambil gaji dan enggan melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya.

Jelasnya, ini kerana beliau ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan sebagaimana amalan pentadbiran terdahulu.

Baca Lagi:
Pasang jalur gemilang terbalik, lelaki bangladesh ditangkap
4 Adun BN cuba ‘dibeli’ usaha gagalkan pembentukan kerajaan PH,BN
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
CATEGORIES