Anwar beri tempoh 3 hari MP Baling tarik balik audio fitnah kaitkan pelantikan dengan pengaruh Israel

Anwar beri tempoh 3 hari MP Baling tarik balik audio fitnah kaitkan pelantikan dengan pengaruh Israel

Anwar beri tempoh 3 hari MP Baling tarik balik audio fitnah kaitkan pelantikan dengan pengaruh Israel. Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tempoh tiga hari kepada Hassan Saad untuk memperjelaskan dakwaan dalam satu rakaman audio bahawa Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu membuat kenyataan mengenai “pengaruh Israel” dalam pelantikan beliau sebagai perdana menteri.

Dalam satu rakaman audio, seorang wanita mendakwa Ahli Parlimen Baling itu memberitahunya bahawa PAS telah memperoleh cukup undian untuk membentuk kerajaan, tetapi Anwar telah “berhubung dengan Israel” dan kuasa luar supaya campur tangan dalam pelantikannya.

Menurut surat tuntutan dikeluarkan kepada Hassan oleh Tetuan S N Nair and Partners hari ini, Anwar berkata Ahli Parlimen itu mempunyai masa tiga hari untuk memberikan pengesahan secara umum dan bertulis bahawa beliau tidak terlibat dalam perkara itu.

Menurut New Straits Times, Hassan menafikan sebarang pembabitan dengan rakaman itu.

Anwar beri tempoh 3 hari MP Baling tarik balik audio fitnah kaitkan pelantikan dengan pengaruh Israel

Anwar turut menuntut supaya supaya perkataan dan rakaman audio bersifat fitnah itu ditarik balik.

Dalam surat tuntutan itu, Anwar mendakwa telah difitnah dalam rakaman audio dimuat naik oleh pengguna Twitter “Mohd Ropi Mat Sin” dan “Pemikir Malaysia”.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, hantaran di Twitter oleh “Pemikir Malaysia” mendapat tontonan lebih 431,500 kali, reaksi “like” lebih 4,800 kali, perkongsian melebihi 3,300 kali, dan tweet semula lebih 1,400 kali.

Anwar mendakwa, hantaran itu turut “mencemarkan dan mengejek” Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang telah memperkenan pelantikannya sebagai perdana menteri.

Beliau turut menyifatkannya satu penghinaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu.

Presiden PKR itu dilantik sebagai perdana menteri susulan perbincangan Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-raja Melayu pada Khamis lalu.

Baca Lagi:
Bekas pemain bolasepak negara, Hashim Mustapha meninggal dunia
Tular pasangan ini hidup bahagia bersama walaupun beza umur 32 tahun
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
CATEGORIES