Angkara Rusia serang Ukraine, kucing Rusia pula jadi mangsa

Angkara Rusia serang Ukraine, kucing Rusia pula jadi mangsa

Angkara Rusia serang Ukraine, kucing Rusia pula jadi mangsa. Sebuah persatuan pencinta kucing antarabangsa, Federation Internationale Feline (FIFe) telah mengenakan sekatan ke atas kucing yang dibiak di Rusia sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan Moscow di Ukraine, lapor agensi berita NDTV.

Lembaga Eksekutif FIFe dalam satu kenyataan berkata, pihaknya terkejut dan takut apabila tentera Persekutuan Rusia menyerang Republik Ukraine dan memulakan perang.

“Ramai orang yang tidak bersalah terkorban dan lebih ramai lagi cedera. Ratusan ribu rakyat Ukraine terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk menyelamatkan nyawa sendiri. Kita semua boleh saksikan kemusnahan dan kekacauan oleh tindakan pencerobohan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,’’ demikian kenyataan FIFe.

Tambah FIFe, lembaga pengarah merasakan pihaknya tidak boleh menyaksikan kekejaman ini dan tidak melakukan apa-apa.

Jadi ia memutuskan bahawa mulai 1 Mac, tiada kucing yang dibiakkan di Rusia boleh diimport dan didaftarkan dalam mana-mana buku silsilah FIFe di luar Rusia, tanpa mengira akan siapa organisasi yang mengeluarkan silsilahnya.

“Kucing kepunyaan pempamer yang tinggal di Rusia yang akan memasuki mana-mana pameran FIFe di luar Rusia juga tidak boleh terlibat, tanpa mengira keahlian peserta itu dari mana-mana organisasi,’’ tambah kenyataan itu.

Sekatan ini sah sehingga 31 Mei dan akan disemak apabila perlu. Lembaga FIFe juga memutuskan bahawa ia akan mendedikasikan sebahagian bajet untuk menyokong penternak-penternak kucing di Ukraine yang menderita kerana situasi yang berlaku.

Baca Lagi:

Pil molnupiravir untuk pesakit Covid-19 gejala ringan

AS ‘kecut perut’ dengan Rusia, batalkan ujian peluru berpandu

Lelaki ini dicari ambil duit pakcik, baik pulangkan muka dah viral ni bang

CATEGORIES
TAGS