Anggota tentera maut ditikam isteri ketika bertengkar

Anggota tentera maut ditikam isteri ketika bertengkar

Anggota tentera maut ditikam isteri ketika bertengkar.

Seorang suami yang merupakan anggota tentera dilaporkan maut selepas ditikam oleh isterinya di Kuching, Sarawak semalam, lapor Awani.

Merujuk Awani, tragedi itu berlaku apabila pisau yang digunakan si isteri untuk menggertak sewaktu bertengkar terkena bahagian paha mangsa hingga berlaku pendarahan sebelum meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram, mangsa yang juga anggota tentera di Kem Penrisen, Kota Sarawak dipercayai bertengkar dengan isterinya dalam kejadian sekitar 10:30 malam Isnin.

2BA04BD8 2662 43EA 831F 387DC8A7B3C7

Disebabkan pergaduhan itu, pisau pemotong sayur yang digunakan suspek untuk menggertak suaminya ketika itu telah tertikam pada bahagian paha mangsa.

“Susulan itu, berlaku pendarahan yang banyak sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, memetik Awani.

Difahamkan, selepas kehilangan banyak darah dipercayai akibat luka tikaman tersebut, mangsa yang berusia 28 tahun itu akhirnya disahkan meninggal dunia.

Dalam pada itu, suspek yang berusia 24 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek yang juga ibu kepada seorang anak kini berada dalam tahanan polis di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk permohonan reman.

Menurut Awani lagi, sebilah pisau pemotong sayur serta pakaian suspek yang digunakan dalam tragedi berdarah itu turut dirampas polis.

Baca Juga :Tular video tangan lelaki merayap meraba ke ruang solat jemaah muslimah “bapak siapa laa ni buat perangai”

Orang Singapura ni cerdik, ini cara mereka isi minyak RON95 tanpa kita sedar

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

CATEGORIES
TAGS