Anggota Rela terakam pontianak, suara mengilai di terowong baru siap

ae71ea58 5af6 41dd a5ad c0bf95ee6f40 e1654702599744

Anggota Rela terakam pontianak, suara mengilai di terowong baru siap.

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidak boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Namun ada kalanya, ia hanya memberikan ‘hint’ sahaja untuk memberitahu kepada manusia bahawa dia ada disekeliling kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anggota rela terakam ‘sesuatu’ yang mampu membuatkan orang ramai meremang bulu roma.

Anggota Rela terakam pontianak, suara mengilai di terowong baru siap

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidak boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Namun ada kalanya, ia hanya memberikan ‘hint’ sahaja untuk memberitahu kepada manusia bahawa dia ada disekeliling kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anggota rela terakam ‘sesuatu’ yang mampu membuatkan orang ramai meremang bulu roma.

Menerusi video yang dimuat naikoleh seorang pengguna TikTok @Rajatularmy, kelihatan dua orang lelaki melalui sebuah terowong yang baru siap dipercayai di TRX Jalan Tun Razak dengan menaiki motorsikal.

Dapat juga kita lihat, terowong tersebut sunyi tanpa kehadiran kenderaan dan hanya kedengaran bunyi motor mereka berdua sahaja malah keadaan terowong tersebut juga sangat gelap.

Namun siapa sangka, dia mendengar satu bunyi yang luar biasa dimana seperti bunyi mengilai dan dikatakan bunyi tersebut adalah bunyi pontianak yang berada di sekitar itu.

Tanpa membuang masa, mereka berdua nekad untuk patah balik dan melupakan hasrat untuk melalui underpass tunnel itu agar terhindar daripada perkara yang buruk.

Berikut merupakan video yang tular:

@rajatularmy Terbaru! Puntianak terakam oleh anggota rela di underpass tunnel baru siap TRX jln tun razak #pontianak #hantu #malaysiaviral #trendingmalaysia #kecoh ♬ original sound – rajatularmy

@rajatularmy Penampakan Ponti di terowong underpass TRX jln tun razak anggota rela #pontianak #hantu #malaysiaviral #trendingmalaysia #kecoh #tular #viralmalaysia ♬ original sound – rajatularmy

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 440.1K tontonan, 14.2K tanda suka, 359 komen dan 601 perkongian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berasa seram mendengar pontianak yang mengilai panjang itu malah ada jga warganet yang mengakui pernah mendengar bunyi tersebut beserta bau yang sangat busuk namun tidak tahu daripada mana.

“Eh, memang betul lah bunyi macam ni, pernah dengar bunyi macam ni disertai bau busuk tapi tak tahu apa.. memang syak benda tu la..”- Netizen

Bukan itu sahja, para netizen juga sempat berseloroh mengtakan bahawa lelaki tersebut sangat takut sehingga terlupa untuk menukar gear motor.

Anggota Rela terakam pontianak, suara mengilai di terowong baru siap

a64 1

Anggota Rela terakam pontianak, suara mengilai di terowong baru siap

Baca Lagi:

Viral Salon rambut tampilkan pekerja seksi diserbu polis

Wanita curi pesanan foodpanda orang lain di hospital ketika teman ibu

Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *