Anak ‘tertinggal’ ketika bertukar giliran memandu

Anak ‘tertinggal’ ketika bertukar giliran memandu

Anak ‘tertinggal’ ketika bertukar giliran memandu. Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila ‘tertinggal’ anak perempuan mereka yang berusia 9 tahun dalam kejadian di Bukit Bunga, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, anak perempuan mereka dikatakan keluar daripada kereta ketika pasangan suami isteri itu berhenti di tepi jalan, untuk bertukar giliran memandu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan daripada Pokok Sena, Kedah untuk pulang ke kampung mereka di Jeram Linang, Pasir Puteh.

Katanya, sebelum kejadian itu, kanak-kanak terbabit dikatakan tidur di bahagian penumpang belakang, namun bertindak keluar kenderaan ketika ibu bapanya berhenti bertukar giliran memandu tanpa menyedari tindakan anak terbabit.

Anak 'tertinggal' ketika bertukar giliran memandu

“Kanak-kanak itu kemudiannya ditemui orang awam dan melaporkan kepada pihak polis.

“Kanak-kanak itu dibawa ke Balai Polis Bukit Bunga lebih kurang jam 3 pagi yang kemudian memaklumkan kepada polis nombor telefon ibu bapanya yang tampil mengambilnya semula pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.

Zainuddin mengingatkan orang awam agar tidak leka khususnya membabitkan kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, saksi kejadian, Kamarulzaman Mohd Sakeri, 32, berkata dia terdengar tangisan kuat di depan rumahnya sebelum menemui kanak-kanak perempuan sedang menangis. Katanya, ketika cuba menghampiri, kanak-kanak itu cuba melarikan diri kira-kira satu kilometer daripada lokasi dia ditemui.

“Mungkin kerana lihat saya lelaki, dia takut, jadi saya hubungi rakan dan polis untuk menenangkan kanak-kanak itu.

“Kanak-kanak kemudian memberitahu ibu bapanya tertinggal dia ketika berhenti kereta, lagipun kawasan ini gelap dan kejadian berlaku awal pagi,” katanya. Katanya, kanak-kanak itu bernasib baik kerana mampu mengingati nombor telefon ibu bapanya dan memberitahu mereka dalam perjalanan balik kampung.

Baca Lagi:

Berlari sejauh 10km mampu hilangkan Covid-19?

Sedih umat islam Malaysia sibuk pasal siapa bunuh Tangmo, akhirnya Ust Kazim bersuara ramai terdiam

Bubar Parlimen: PRU15 akan diadakan, ini penjelasan PM Ismail Sabri

CATEGORIES