‘Anak sulungku adalah suamiku sendiri’

'Anak sulungku adalah suamiku sendiri'

‘Anak sulungku adalah suamiku sendiri’. Salam sejahtera semua, mesti korang tertanya tajuk atas ni kan.

Ini lah yang aku rasa sepanjang perkahwinan nak masuk tahun ke-7. Umur pun nak masuk 4 series.

Baik, kes ni bukan tak pernah heart to heart ye. Cakap direct pun jadi kemestian sebab para lelaki ni tak boleh brain kalau bini dia cakap kias-kias.

Yang pasti aku rasa bahagia yang amat kalau suami aku ni outstation. Otak tak benak sangat even jadual harian aku pack sampai tak tau burnt out tu ape sebenarnya.

'Anak sulungku adalah suamiku sendiri'

Ye, walau housewife pun kata orang duduk umah je. Kalau duduk umah je siapa nak lawokan rumah, baju kemas bersih sentiasa, lantai jamban bersih takde rasa berlumut blablabla so on.

Yang part orang kata duduk rumah tu je aku diam je lah. Bukan korang yang mengemudi rumahtangga dan belanja rumah selama ni, ye tak.

Ok balik pada tajuk tu, iyeeeee aku rasa penat sangat kalau suami ada kat rumah. Ibarat anak sulong yang kena bersuruh buat kerja yang tak boleh di luntur lagi dah.

Otak aku rasa nak meletop. Sampai pernah baling kerusi plastik ikea tu sampai patah okey depan laki aku sebab aku dah tak boleh blah.

Tu first and last aku buat dalam seumur hidup setakat ni lah. And opkos laki aku tergamam sebab nampak aku macam kena sampuk hantu.

Entah lah ek, yang emak mertua kemain puji anak lelaki dia semua rajin tolong buat kerja rumah, makan pandai kemas basuh pinggan sendiri yadayada yang terpaling lah kata orang tu. Aku? senyum.

Menantu tetap menantu.. Part tu tak payah la story.. Ulang-ulang pun masih sinetron yang sama..

Okey la, bila part nak marah tu kena sabar.. nak marah lagi aku cari solution lain. Dari group ni lah aku amik banyak ikhtibar..

Aku rasa aura tak best, start kereta ajak anak-anak jalan even pusing taman. Pergi convenient store beli aiskrim makan dalam kereta dengan anak-anak. Buat la ape-ape yang membahagiakan diri dan anak-anak.

Laki aku tak marah ke keluar rumah sesaja ni?

Tak, sebab aku dah biasa dari awal kawin memang semua buat sendiri dan cara kerja dia yang tak payah update bagai. Just wasap je nak pergi mana.

So conclusion kejadian ni yang manusia pun tak boleh ubah, aku mengadu kat Maha Pencipta.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Tak tau mana datang lancar je mulut ni cakap kat suami “rumah ini macam takde ketua keluarga kan? semua macam anak-anak yang kena bersuruh”

Well said, lakiku terkedu macam tertelan tempoyak basi.

Doakan keluarga aku bahagia dunia akhirat dan doakan kami para isteri diberikan kesabaran tahap tertinggi dalam berkeluarga. InsyaAllah.

Yang Benar,

– Peah (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Selamba je lelaki ini rakam ‘pontianak’ makan ayam dalam reban
Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10
Ramai tak tahu, ini beza ‘guna sebelum’ & ‘baik sebelum’ pada label produk makanan & minuman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *