Anak sulung Shuib kongsi ‘sesuatu’ barang kesukaan arwah Siti Sarah, warganet sebak tengok. Perkongsian dari anak sulung Allahyarhamah Siti Sarah telah mendapat perhatian warganet apabila berkongsi momen indah bersama arwah ibunya.
‘Perfume’ Ibu
Menerusi perkongsian video di Instagram (IG) milik Siti Sarah, memaparkan anak sulungnya, Uwais Al Qarni sedang bercerita tentang memori bersama arwah ketika membeli minyak wangi.
Menurut Uwais, ketika ibunya sedang bercuti di luar negara, ibunya sedang berjalan dan arwah tertarik dengan bau haruman yang dipakai oleh seorang wanita yang berselisih dengannya. Siti Sarah berpatah balik untuk menyapa wanita tersebut lalu bertanyakan tentang jenama haruman yang digunakannya.
Anak sulung pasangan arwah Siti Sarah dan Shuib itu kemudian mengambil dan menunjukkan botol minyak wangi yang dibeli arwah.
‘Mesti dia rindu ibu dia’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak mendengar cerita yang disampaikan Uwais yang mirip wajah arwah ibunya itu, kerana pada mereka anak pertama amat istimewa dan mempunyai banyak kenangan bersama ibu.
@sitisarahshuib84 Uwais terjumpa perfume ibu, mula la bercerita 💔 #uwaisalqarni #sitisarahraissuddin #lovetahq #tudungsitisarah ♬ Ibu – Haddad Alwi