Anak PM Nurul Ilham jadi mangsa buli jalan raya

Anak PM Nurul Ilham jadi mangsa buli jalan raya

Anak PM Nurul Ilham jadi mangsa buli jalan raya. Anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya, hari ini.

Kejadian itu dikongsi anak keempat Anwar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi ciapan dan rakaman video di Twitter.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas melalui satu plaza tol dan ketika itu beliau menaiki kereta bersama seorang anak berusia dua tahun.

Anak PM Nurul Ilham jadi mangsa buli jalan raya

“Saya jarang berkongsi hantaran tetapi hari ini saya menjadi mangs buli jalan raya. Pemandu sebuah kereta beberapa kali menekan brek di lorong laju.

“Sangat berbahaya dan ada anak berusia dua tahun bersama saya.

“Pemandu wanita itu berada di lorong berkenaan selama kira-kira satu minit sebelum dia bertukar ke lorong lain,” ciapnya hari ini.

Beliau berkata, pemandu itu turut membunyikan hon ke arah kenderaannya.

Katanya, pada mulanya beliau melihat kereta itu berhampiran plaza tol apabila pemandu itu secara tiba-tiba membunyikan hon ke arah kenderaannya untuk menuju ke lorong Touch N Go (TnG).

“Saya memberi isyarat untuk ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat daripadanya untuk ke kanan (ke arah lorong Smart Tag),” katanya.

Bagaimanapun, beliau beranggapan pemandu itu marah terhadapnya menyebabkan bertindak demikian.

@anwaribrahimfansofficial #CapCut #roadbully #samsengjalanan #pmx #malaysiatiktok🇲🇾 #viral #twitter #fyp #fypage #fyptrending ♬ Oh No No No – Music Falcon

Baca Lagi:
Majalah popular Amerika Syarikat senaraikan orang paling kaya di dunia, rupanya ada 15 orang rakyat Malaysia tersenarai
Harimau baham pakcik, yang pelik kenapa ramai-ramai ada dekat situ siap rakam lagi
Lelaki menyesal lebihkan emak berbanding isteri, akhirnya isteri meninggal satu bentuk cincin pun aku tak pernah bagi…
CATEGORIES