Anak pergi kerja, ayah buat ‘projek’ dengan menantu dekat rumah

Anak pergi kerja, ayah buat ‘projek’ dengan menantu dekat rumah

Anak pergi kerja, ayah buat ‘projek’ dengan menantu dekat rumah. Seorang lelaki berstatus bapa mentua telah ditahan polis selepas didakwa memperkosa menantunya dalam satu kejadian di Jawa Timur, Indonesia pada Khamis.

Memetik laporan Liputan6, ketika kejadian hanya mangsa yang berusia 17 tahun dan suspek, 35, sahaja berada di rumah berkenaan. Ketika itu, suami mangsa berada di luar daerah untuk mencari kerja manakala isteri dan anak-anak suspek sedang bercuti.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mojokerto AKP Nova Indra, suspek bertindak menerjah masuk ke bilik ketika mangsa sedang menjamu selera.

Anak pergi kerja, ayah buat 'projek' dengan menantu dekat rumah

Dia kemudian mengacukan sebilah pisau di leher menantunya sebelum memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks. Mangsa yang bimbang akan keselamatannya terpaksa bersetuju dengan apa yang diminta suspek.

Selepas si suami pulang ke rumah, mangsa menceritakan perbuatan keji bapa mentuanya dan susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat. Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, suspek merupakan bapa tiri kepada suami mangsa.

Baca Lagi:
Tanam jenazah jauh dari kubur lain, ini respon UAI
Kanak-kanak 3 tahun dirogol ramai-ramai dengan saudara, mayat dicampak dalam sungai
Kes serang Balai Ulu Tiram: 5 ahli keluarga suspek ditahan Sosma
CATEGORIES