Anak perempuan penyanyi dangdut terkenal ditangkap polis edar dadah, umur baru 15 tahun

Photo of author

By Joe

Anak perempuan penyanyi dangdut terkenal ditangkap polis edar dadah, umur baru 15 tahun. Seorang gadis berusia 15 tahun yang juga merupakan anak kepada penyanyi dangdut Indonesia telah ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah.

Anak penyanyi dangdut edar dadah

Anak perempuan penyanyi dangdut terkenal ditangkap polis edar dadah, umur baru 15 tahun

Memetik laporan Liputan6, penahanan terhadap anak kepada penyanyi dangut, Lilis Karlina itu berlaku selepas orang ramai mula mencurigai dan mendakwa gadis berkenaan mengedar dadah. Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut yang akhirnya membawa kepada penahanan suspek.

Screenshot 2023 03 15 at 11

Semasa soal siasat, suspek mendakwa telah menerima bahan terlarang itu daripada seseorang selain membelinya secara dalam talian. Dia kemudian menjual kembali dadah tersebut secara bersemuka dan menerusi dalam talian.

Difahamkan, polis menemui bahan bukti berupa dadah seperti bentuk 925 item Hexymer dan 740 Tramadol serta 200 ubat trihexyphenidyl. Ketiga-tiga jenis dadah tersebut dilarang diperdagangkan secara bebas dalam masyarakat.

Menurut sumber, ternyata suspek dua tahun mengambil bahan terlarang tersebut iaitu sejak berusia 13 tahun. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Baca Lagi:
Suami OKU, isteri berdepan hukuman gantung sampai mati
Bantuan Tunai RM200 selama 3 bulan untuk rakyat Malaysia
Jumpa dompet duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka