Anak Norman Hakim & Abby Abadi akhirnya mengaku bersalah, apa yang diviral adalah benar

Photo of author

By Joe

Anak Norman Hakim & Abby Abadi akhirnya mengaku bersalah, apa yang diviral adalah benar. Anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania akhirnya membuka mulut berhubung dakwaan dirinya menjadi penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.

Mengaku bersalah

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Marissa berkata dia mengaku bersalah kerana menjadi orang ketiga dalam rumah tangga wanita terbabit dan bekas suaminya.

Jelas Marissa, segala yang berlaku adalah tanggungjawabnya sendiri dan tiada kaitan dengan ibu bapanya.

Anak Norman Hakim & Abby Abadi akhirnya mengaku bersalah, apa yang diviral adalah benar

Pertama sekali, semua yang berlaku adalah tanggungjawab saya sepenuhnya. Ibu bapa saya telah memberikan yang terbaik. Mendidik saya dengan baik, menegur saya, menghalang saya daripada semua ini dan semua yang berlaku adalah pilihan saya sendiri. Biar saya bersihkan sendiri dan bukan ibu bapa saya.

Kedua, saya mungkin tidak berkata apa-apa bagi pihak saya. Penjelasan? Ya tapi antara orang yang terlibat terutamanya keluarga saya. Saya tidak perlu menjelaskan/kelulusan daripada warganet.

Netizen hanya akan memburukkan lagi kerana apa yang anda lihat telah berlaku. Saya tidak pernah dapat menutup mulut orang. Jadi jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain.

Saya mengaku saya salah. Apa yang diviral dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar tetapi saya di sini tidak untuk mempertahankan diri untuk mengatakan bahawa saya tidak bersalah di bahagian tertentu.

Bagaimanapun kata Marissa, dakwaan yang keluarkan adalah tidak sepenuhnya tepat dan menjelaskan dirinya sudah tiada kaitan lagi dengan pihak tersebut.

Sangat tidak adil untuk mendengar dari satu pihak kerana cerita yang disampaikan tidak 100% tepat, tetapi saya tidak perlu meyakinkan semua orang untuk memuaskan hati semua orang.

Antara saya dan pihak yang mengviralkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka. Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah, bahawa saya punca dia melanggar taklik dan penceraian berlaku.

Sementara itu, Marissa turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia dan bekas suami wanita terbabit ada meraikan keputusan perceraian mereka.

Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi antara kami.
Daripada bermulanya semua ni sehingga ianya berakhir. Saya bersalah and saya mengaku perkara itu dan tujuan buat kenyataan ini adalah untuk memberitahu bahawa saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mempertahankan diri atau memuaskan hati mana-mana pihak.

Let me tell you something, saya dan Aslam tiada celebrate apa apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisya di Twitter.

Apa yang kami buat sampai dia boleh cakap kami celebrate? Salah satu perkara tidak benar yang diviralkan. Everyone will have different opinions on certain things, tetapi jangan lupa bahawa semua orang ada hak untuk bersuara. Begitu juga dengan saya yang bersuara bagi pihak saya.

Baca Lagi:
“Isteri curang sebab suami”, wanita buat pengakuan tak puas buat hubungan intim dengan suami, terpaksa cari lelaki lain untuk puaskan nafsu
Suami aku terlalu “anak emak”, apa-apa barang nak beli untuk rumah kena bagitahu mak dulu, aku mengidam air soya RM2 pun mak mentua larang suami belikan katanya membazir
Restoran nasi ayam claypot viral tiba-tiba tutup selepas netizen dedah guna ‘rice wine’ dalam resipi