Anak nak kahwin lari dekat Thailand, mak ayah tak restu sebab hantaran RM5,000

Anak nak kahwin lari dekat Thailand, mak ayah tak restu sebab hantaran RM5,000

Anak nak kahwin lari dekat Thailand, mak ayah tak restu sebab hantaran RM5,000. Tidak dinafikan, menguruskan majlis perkahwinan memerlukan kos yang agak tinggi, namun sekiranya kita pandai menguruskan sumber yang sedia ada, tidak mustahil banyak wang yang dapat dijimatkan dan majlis kita juga kekal menarik.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa terkilan dengan tindakan ibu bapanya yang tidak merestui hubungannya dengan lelaki pilihannya hanya kerana lelaki itu tidak mampu dari segi kewangan.

Duit hantaran RM5K

Bercerita dengan lebih lanjut, si pengadu memberitahu bahawa ibu bapanya seakan mendesak dirinya untuk mendirikan rumah tangga memandangkan umurnya kini sudah mencecah 28 tahun.

Anak nak kahwin lari dekat Thailand, mak ayah tak restu sebab hantaran RM5,000

Setiap kali saya cakap tak jumpa lagi, nanti mak saya marah cakap saya tak mencari. Nanti lambat kahwin susah nak ada anak, nanti mak ayah meninggal tak sempat tengok cucu.

Namun berbeza pendapat dengan tuan punya badan yang tidak kisah hidup bersendirian malah wanita ini juga akui tidak mahu terburu-buru dalam perkahwinan kerana bimbang tersalah pilih suami. Tetapi baru-baru ini, dia memberitahu selesa berkawan dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya.

Pendek cerita, dia confess suka dekat saya dan nak nikah sebab kami berdua pun dah nak masuk 30an. So saya bawa jumpa parents dan ayah tanya satu soalan cepumas. Berapa berani bagi hantaran? Dia jawab 5k buat masa ni. Ayah terus tarik muka dan tak tanya apa-apa dah.

Nak kahwin dekat Thailand?

Selepas lelaki itu pulang, si pengadu memberitahu bahawa bapanya mula bising dan seakan mempersoalkan kemampuan lelaki terbabit yang hanya mampu memberi RM5,000. Lebih meruntun hati apabila si bapa mula membandingkan wang hantaran RM10,000 yang diterima oleh anak saudaranya. Si ibu pula bersetuju dengan pendapat si bapa.

Anak saudara dia dapat RM10,000 dari driver lori, takkan lah yang kerja pejabat bagi RM5,000? Saya kecewa sangat dengan reaksi diorang. Ayah kata dia tak berkenan dengan lelaki itu.

Tambah wanita ini lagi, dia masih berkawan dengan lelaki itu malah mereka berdua juga saling mencintai. Tetapi apa yang membuatkan dirinya risau dan buntu bagaimana cara untuk memujuk ibu bapanya supaya menerima lelaki pilihannya itu. Sehingga pada satu tahap, wanita ini sudah terfikir mahu berkahwin di Thailand sahaja.

Sementara di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati wanita ini supaya tidak membuat keputusan terburu-buru dengan berkahwin di Thailand kerana itu boleh mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya cari jalan supaya dapat mencapai kata sepakat dengan ibu bapa.

Baca Lagi:
Peminat bola sepak terkejut tengok harga tiket final Piala Dunia, boleh beli Proton X70
Gaji RM3,000 tak cukup duduk KL, siang kerja bank, malam pula jadi gelandangan di masjid
Annuar Musa ‘tutup mulut’ isu duit berjuta dalam bilik tidur Muhyiddin
CATEGORIES