“Anak mana tak sayang ibu”- Lelaki ubahsuai bilik sewa ibunya jadi seperti hotel selepas rumah ibu kena roboh. Sebagai seorang anak, kita tidak mampu mengganti semua pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita — walaupun kita membayar dengan harta yang berlimpah.
Baru-baru ini, seorang lelaki menerima pujian daripada netizen kerana mengubahsuai bilik sewa seperti hotel 5 bintang untuk ibunya.
Menurut TikTok @lokmanhaqimygbaikhatii, beliau mengubahsuai bilik sewaan itu selepas mendapat tahu bahawa rumah ibunya akan dirobohkan.
Tanpa menunggu lama, Lokman segera mencari inspirasi melalui carian Google.
Setelah mendapat ilham, Lokman membeli pelbagai barangan yang diperlukan dan mula mengubahsuai salah satu bilik di rumah sewanya.
Bagi meningkatkan suasana bilik itu, Lokman mencari barang hiasan yang sesuai untuk menceriakan ruang tersebut.
Untuk memudahkan ibunya mengaji atau menonton televisyen, Lokman mendapatkan sofa recliner dengan harga yang sangat berpatutan.
Untuk memudahkan ibunya, Lokman telah memasang kawalan peralatan elektronik di dalam bilik itu menggunakan telefon pintar.
Dengan ini, ibunya tidak perlu lagi mengalami kesulitan untuk bangun membuka dan menutup lampu serta kipas. Semuanya boleh dikawal menggunakan telefon pintar sahaja.
Selain itu, Lokman juga meletakkan remote aircond di sebelah kepala katil untuk kemudahan ibunya.
“Luar biasa walaupun hanya sebuah bilik, yang penting emak bahagia. Alhamdulillah,” ujar Lokman.
Banyak netizen bersuka cita melihat hasil transformasi yang menakjubkan itu.
Netizen turut memuji usaha yang dilakukan oleh pemuda itu dalam berbakti semula kepada ibunya.
Orang ramai juga mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk Lokman dan ibunya.