Anak kucing tersesat masuk kandang harimau, cara pekerja Zoo selamatkan anak kucing dipuji netizen. Baru-baru ini, seorang pengunjung di Zoo Johor telah berkongsi insiden di mana seekor anak kucing tersesat dan masuk ke dalam kandang harimau belang, yang telah menarik perhatian ramai.
Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat yang dimuat naik oleh @anonymous_not, kelihatan anak kucing itu dikelilingi oleh dua ekor harimau belang yang seolah-olah menunggu masa untuk menyerangnya.
“Pertunjukan percuma yang tidak dijangka hari ini di Zoo Johor. Nak tahu apa nasib kucing malang tu, tengok sampai habis. Akhir sekali tu, gaduh mulut saling menyalahkan antara satu sama lain,” tulisnya.
Pekerja zoo terpaksa menyembur air untuk alihkan perhatian ‘pak belang’
Ekoran situasi cemas tersebut, salah seorang pekerja zoo terpaksa menyemburkan air kepada dua ekor harimau supaya mereka menjauhkan diri dari anak kucing itu.
Apa yang menggerunkan orang ramai adalah apabila salah seekor harimau mengaum tanda berang kerana diganggu.
Tidak lama selepas itu, dengan tindakan pantas pekerja zoo yang berjaya menyelamatkan anak kucing tersebut, para pengunjung bersorak gembira.
@anonymous_not Unexpected free show harini dekat #zoojohor š„¶ Nak tahu apa nasib kucing malang tu tengok sampai habis š Last sekali tu gaduh mulut salahkan sesama sendiri š¤£ #fyp #fypage #zoo #harimau #oyen ā¬ son original – Catāslife