Anak kena kad merah, bapa mengamuk bawa batang besi nak pukul pengadil. Satu insiden yang tidak diingini berlaku di mana seorang bapa cuba menyerang pengadil selepas anaknya diberi kad merah dalam satu perlawanan di peringkat akar umbi baru-baru ini.
Menurut video yang dimuat naik oleh pengguna X, RonKemar, menunjukkan seorang individu yang mengambil sebatang besi yang disyaki hendak digunakan untuk menyerang pengadil yang sedang bertugas selepas anaknya diberi kad merah dalam perlawanan tersebut.
Untungnya, tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku di mana pasukan keselamatan di tempat kejadian berjaya menghalang seorang ayah daripada memasuki padang.
Menurut komen-komen yang ditinggalkan, banyak yang mengutuk tindakan ayah tersebut kerana tidak hanya gagal mengawal emosinya, tetapi juga menunjukkan contoh yang buruk kepada pemain dan penonton yang hadir.
Kejadian ini bukanlah yang pertama berlaku di peringkat sosial atau akar umbi, sebelum ini seorang pengadil telah membuat laporan polis selepas dipukul oleh seorang pemain semasa perlawanan.
Pengadil tersebut sedang bertugas dalam perlawanan liga amatur Footy Premier League di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di antara FC Pirates dan Ukay Positive. Pada separuh masa kedua, pengadil memberikan sepakan penalti kepada Pirates selepas pemain Ukay melakukan pelanggaran dalam kotak penalti.
Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak disambut baik oleh pemain tersebut dan beliau kemudian menumbuk pengadil selepas menerima kad kuning atas bantahan yang keras.
Pengurus liga kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa pemain terbabit dari Ukay Positive, Shaharudin (7), telah digantung daripada bermain dalam Footy Premier League 2024. Tindakan ini diambil berikutan insiden semasa perlawanan minggu ke-4 antara Ukay Positive dan FC Pirates.
Perlawanan terpaksa dihentikan selama 20 minit atas sebab keselamatan dan trauma yang dialami oleh pengadil. Jawatankuasa pertandingan kemudian memutuskan untuk menamatkan perlawanan serta-merta berdasarkan pertimbangan keselamatan.
Pengurusan FPL mengecam tindakan agresif yang dilakukan oleh Shaharudin terhadap pengadil dan menjatuhkan hukuman gantung bermain dalam liga FPLSCL24 kepada pemain tersebut. Ukay Positive juga dikenakan denda sebanyak RM500.00 sebagai akibat daripada insiden ini.
Anak kena red card kau nak amik batang besi pukul ref.
Bola Malaysia ni dah la dah nazak, ada pulak orang macam ni jadi enabler kepada anak2 tunjuk perangai xsemenggah. Pundek betul mak bapak macam ni.
Kalau aku jadi coach aku perhambat keluar je player tu. Menyusahkan 😡 pic.twitter.com/tDhSdl8Pxc
— RonKemar (@ronramka) July 8, 2024