Anak jadi peneman setia bapa berniaga aiskrim undang rasa hiba

11 2

Anak jadi peneman setia bapa berniaga aiskrim undang rasa hiba.

Dek kerana terlalu rapat dengan si bapa, kanak-kanak kecil ini tidak kisah berhujan atau berpanas demi menemani ayahnya berniaga.

Satu video yang tular di media sosial menunjukkan si kecil itu terlena sambil duduk di kerusi gerai bapanya ketika hujan, sekaligus mengundang rasa hiba dan sayu netizen.

“Bukan saja anak bongsu, tapi dua abangnya yang berusia 10 tahun dan tujuh tahun juga rajin ikut saya berniaga. Ketiga-tiganya lelaki dan semuanya rapat dengan saya.

Berkongsi cerita di sebalik video berkenaan, Mohd Ridzuan Azmi berkata anak bongsunya, Muhammad Daffa Rafisqie yang berusia tiga tahun itu sememangnya gemar ‘mengekorinya’ berniaga meskipun ditegah.

“Ditambah pula cuaca sejuk sebab hujan, sebab itu dia mengantuk. Selepas selesai berurusan dengan pelanggan, saya pangku dan dudukkan dia atas kerusi.

“Waktu video itu diambil, anak sulung dan anak kedua pergi solat sebentar, jadi tak ada dalam video. Masa saya sedang layan pelanggan, dah nampak matanya macam kuyu.

“Kebetulan pula tiada pelanggan, saya saja rekod video untuk disimpan sebagai kenangan bagi mereka tengok nanti bila dah besar. Tak sangka pula viral,” ujar Mohd Ridzuan ketika bercerita mengenai anak bongsunya yang mesra dipanggil Daffa.

Anak jadi peneman setia bapa berniaga aiskrim undang rasa hiba

Menurut bapa tiga cahaya mata berusia 38 tahun yang menetap di Kulim, Kedah ini, anak-anaknya jarang sekali berenggang dengannya malah mereka dijaga sendiri olehnya tanpa pernah dihantar kepada pengasuh.

“Begitu juga dengan dua adik-adiknya. Dari pantang sampai besar saya jaga sebab berniaga ni masa fleksibel. Tak pernah sekalipun hantar pengasuh.

“Saya berhenti kerja kilang dan ambil keputusan nak berniaga… tahun ini 12 tahun dah berniaga macam-macam. Sejak anak sulung lahir 10 tahun lalu, saya yang banyak menjaganya ketika isteri bekerja.

“Sebab itulah agaknya mereka rapat dengan saya. Sikit-sikit papa… mengadu atau nak minta sesuatu, memang cari papa,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Anak jadi peneman setia bapa berniaga aiskrim undang rasa hiba

Anak sulung dan anak kedua Mohd Ridzuan tidak kekok melayani pelanggan di gerai ais krim.

“Banyak sangat komen positif yang membuatkan saya rasa terharu dengan keprihatinan mereka. Tak terbalas rasanya komen-komen mereka.

Mengusahakan bisnes ais krim, Mr Joe Ice Cream di sekitar Kedah dan Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu, Mohd Ridzuan berkata dia terharu kerana rata-rata netizen memberikan kata-kata positif, malahan mereka turut memahami perit jerih peniaga kecil seperti dirinya.

“Ada ramai juga nasihatkan saya supaya selepas ini pakaikan si kecil baju serta seluar panjang untuk elakkan kesejukan. Sebenarnya selepas rekod anak tidur, saya terus selimutkan dia dengan sejadah.

“Tapi tak ada klip berkenaan dalam video. Apapun saya nak ucap terima kasih kepada semua… ternyata mereka sangat prihatin,” ujarnya.

Baca Lagi:

Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Suami belasah isteri dengan kayu gara-gara cemburu

Leave a Reply

Your email address will not be published.