Anak durjana hidang teh panas beracun bunuh ibu, ayah serta kakak

Anak durjana hidang teh panas beracun bunuh ibu, ayah serta kakak

Anak durjana hidang teh panas beracun bunuh ibu, ayah serta kakak. Seorang wanita di Magelang, Jawa Tengah ditahan kerana membunuh keluarganya sendiri di rumah mereka semalam, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia hari ini.

Identiti tiga mangsa itu telah dikenal pasti sebagai Abas Ahar (58), Heri Riyani (54) dan Dhea Chairunisa (25).

Kejadian itu didedahkan oleh orang ramai yang membuat laporan polis. Suspek, Dhio Daffa Syadilla, 22, yang merupakan anak kedua dari keluarga itu kemudian ditahan.

Hasil siasatan mendapati pelaku nekad membunuh keluarganya kerana sakit hati akibat sering dipaksa mencari kerja.

Anak durjana hidang teh panas beracun bunuh ibu, ayah serta kakak

“Dia mengaku berasa sakit hati kerana tidak pernah diberi perhatian oleh keluarga. Sejak kebelakangan ini dia sering disuruh mencari kerja.

“Oleh kerana berasa tidak selesa, dia nekad membunuh ibu, bapa dan kakaknya,” kata Pengarah Siasatan Jenayah Umum Daerah Jawa Tengah, Djuhandani Raharjo Puro.

Pelaku terlebih dahulu membeli racun secara online. Hasil bedah siasat ketiga-tiga mangsa mendapati racun yang digunakan oleh pelaku diklasifikasikan sebagai ‘ganas’ dan boleh membawa maut kepada manusia.

Ketiga-tiga mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah akibat meminum racun itu.

Ketua Pejabat Kesihatan Polis Wilayah Jawa Tengah, Sumy Hastry turut berkata, tekak dan perut mangsa melecur.

Hastry berkata, pelaku mencampur racun itu ke dalam air teh dan kopi mangsa dalam kuantiti yang banyak.

“Kalau dilihat pada luka, dos yang digunakan agak banyak. Boleh sampai 2 hingga 3 sudu kecil. Nampaknya racun itu tidak mengubah warna dan rasa teh dan kopi itu,” katanya.

Bagaimanapun, Hastry tidak dapat mengesahkan jenis racun yang digunakan oleh pelaku sama ada racun tikus atau sianida. Buat masa ini, pasukan Makmal Forensik masih melakukan pemeriksaan.

Baca Lagi:
‘Saya tidak kenal siapa wanita itu’ – MP Baling
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
Tular pasangan ini hidup bahagia bersama walaupun beza umur 32 tahun
CATEGORIES