Anak darjah 5 balik sekolah terkejut tengok bapa tengah ‘ratah’ kakak. Sebagai seorang bapa, lelaki seharusnya menjadi pelindung dan menyediakan ruang selamat buat ahli keluarga mereka dalam rumah. Namun berbeza dengan tindakan gila yang dilakukan seorang lelaki berusia 45 tahun ini, dia malah menjadikan anak perempuannya sebagai ‘boneka’ untuk melepaskan nafsu terlarang.
Anak kedua terpandang kejadian menerusi tingkap rumah
Kejadian yang dipercayai berlaku di Batu Pahat, Johor itu awalnya disedari oleh anak keduanya berusia 11 tahun yang baru pulang dari sesi persekolahan.
Kira-kira jam 2.00 petang, murid darjah 5 tersebut terpandang pada celahan tingkap rumah mereka di mana si bapa sedang melakukan perbuatan terkutuk itu pada kakaknya.
Isteri segera membuat laporan polis
Selepas pulang dari bekerja, isteri suspek dimaklumkan oleh anak keduanya mengenai perbuatan jahat tersebut. Tanpa berlengah, wanita itu segera membawa anak gadisnya yang berusia 14 tahun ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat (HSNI) untuk mendapatkan pemeriksaan. Pada hari yang sama, ibu mereka juga telah membuat laporan polis terhadap lelaki durjana itu.
Anak kedua juga menjadi sasaran gangguan bapa yang tidak bermoral
Apa yang lebih mengejutkan, perbuatan ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh bapa kandung terhadap anak sulungnya. Kegiatan jahat ini telah berlaku sejak Januari tahun ini. Malah, adik perempuan yang masih kecil juga pernah menjadi sasaran nafsu tidak bermoral lelaki tersebut. Suspek telah ditahan dan dikenakan tindakan reman bermula hari ini sementara polis menjalankan siasatan lanjut.