Anak cacat kekal terkena asid punca jiran atas, ibu kesal disuruh tarik balik laporan polis

Anak cacat kekal terkena asid punca jiran atas, ibu kesal disuruh tarik balik laporan polis

Anak cacat kekal terkena asid punca jiran atas, ibu kesal disuruh tarik balik laporan polis. ara-gara ingin bersihkan paip sinki rumahnya yang tersumbat, sekali anak orang lain pula yang terpaksa menanggung derita. Itulah dugaan tak disangka-sangka yang telah menimpa keluarga Nurul Hidayah malam Selasa lalu. Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku susulan jiran tingkat atas pangsapurinya gunakan serbuk soda yang dibeli secara online bernilai RM50.

Masa kejadian, Haidar sedang goreng telur di dapur…terlihat banyak cecair buih, rupanya asid yang jiran guna

Anak cacat kekal terkena asid punca jiran atas, ibu kesal disuruh tarik balik laporan polis

Sewaktu kejadian, anaknya bernama Haidar sedang menggoreng telur. Tak semena-mena, seluruh ahli keluarga Nurul Hidayah dikejutkan dengan bunyi paip pecah disusuli jeritan budak lelaki berusia 9 tahun itu. Buih sejenis cecair turut ditemukan di bahagian dapur, sebelum dikenal pasti ia merupakan asid serbuk soda milik jiran atas.

Yang tinggal rumah jenis bertingkat hati-hati…kecuaian orang lain, tapi kami reda atas ujian ini

kisahdunia.com 544ceb34f2b818bda19a6f12bf0908b7 750x673 1 e1675438780851

Rentetan kejadian itu, Haidar mengalami kesan lecur tahap tiga hampir di keseluruhan tubuhnya dah sedang dirawat di ICU. Sementara itu, adik perempuannya yang berusia 7 tahun pula cedera di paha kanan. Sambil menyatakan dirinya reda, Hidayah turut berpesan kepada penduduk jenis rumah bertingkat supaya ambil iktibar daripada insiden menimpa 2 anaknya itu.

Disuruh tarik report…anak dapat kecacatan kekal, jadi kami nak orang yang terlibat bertanggungjawab

Meskipun terharu berita mengenai kecelakaan itu dapat perhatian ramai, tapi Hidayah terkilan apabila disuruh agar tarik semula laporan polis. Sebagai ibu, dia bertegas mahu tuntut keadilan daripada pihak terlibat yang telah menyebabkan kecacatan kekal terhadap anak-anaknya.

Baca Lagi:
Ini sebab kenapa pinjaman beli Vellfire dan rumah berbeza 9 tahun dan 30 tahun, padahal harga sama RM300,000
Pernah bergelar isteri Azri Iskandar, lepas cerai, tak sangka begini kehidupan Ellie Suriaty
Orang Sarawak bakal jadi kaya-raya, ulat ‘kayangan’ berharga RM600 sekilo ditemui atas jalan
CATEGORIES