Anak berjaya dapat RM11,000 dalam masa 10 hari berniaga, ibu pula anggap didikkannya salah

Photo of author

By Joe

Anak berjaya dapat RM11,000 dalam masa 10 hari berniaga, ibu pula anggap didikkannya salah. Seorang ibu di China akhirnya mengakui bahawa dia salah dalam mendidik anaknya tentang erti kesusahan dan terpaksa menerima hakikat bahawa anaknya berjaya menjana pendapatan sebanyak RM11,000 dalam masa hanya 10 hari hasil daripada menjual makanan.

Menurut laporan SCMP, tujuan asal ibu tersebut adalah untuk memberi pengajaran kepada anaknya, namun usaha itu gagal apabila anaknya menunjukkan hasil yang tidak dijangka.

Ibu yang dikenali dengan nama keluarga Deng bekerja di sebuah gerai makanan di Jiaxing, menjual ayam goreng. Apabila prestasi akademik anaknya, Shen, yang berusia 17 tahun, mula merosot, Deng memutuskan untuk mengambil langkah drastik.

Anak berjaya dapat RM11,000 dalam masa 10 hari berniaga, ibu pula anggap didikkannya salah

Dia meminta Shen untuk bekerja di gerai makan, dengan harapan agar anaknya menyedari betapa susahnya mencari rezeki, serta agar Shen lebih menghargai pendidikan dan fokus kepada pelajaran.

Shen, yang merupakan pelajar di sebuah sekolah vokasional seni kulinari di Zhejiang, sempat memberitahu ibunya bahawa dia merasa “belajar adalah sesuatu yang tidak bermakna” dan dia juga menyatakan niatnya untuk berhenti sekolah.

Deng berharap dengan menunjukkan kepada anaknya realiti dunia pekerjaan, Shen akan sedar bahawa belajar adalah pilihan yang lebih baik untuk masa depannya. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Shen memulakan perniagaan sendiri dengan mengubah suai sebuah basikal elektrik menjadi gerai makanan bergerak. Siapa sangka, dalam masa 10 hari sahaja, Shen berjaya mengumpul sebanyak 10,000 yuan (kira-kira RM11,000).
Deng mengakui bahawa kejayaan anaknya bukan sahaja hasil kerja keras Shen tetapi juga sokongan pelanggannya. Shen dilaporkan bangun awal pagi untuk menyiapkan makanan dan akan bergerak sejauh 13 kilometer untuk membuka gerainya pada pukul 4 petang. Dia hanya pulang ke rumah sekitar pukul 3 pagi selepas menjual makanan sepanjang malam.

Kini, Shen berhasrat untuk membeli sebuah beca elektrik bagi mengembangkan perniagaannya. Apa yang lebih mengejutkan ibunya adalah keputusan Shen untuk berhenti sekolah, walaupun Deng cuba memujuk anaknya agar tidak berhenti sekolah. Namun, ibu yang kini tular di China itu memilih untuk menyokong keputusan anaknya.

“Keutamaan saya adalah untuk melihat anak saya sihat dan gembira. Saya hanya perlu membimbingnya agar tidak melakukan apa-apa yang salah,” katanya kepada SCMP.

Cerita mereka telah mencuri perhatian ramai di media sosial di China, di mana netizen memuji Deng kerana menghormati keputusan anaknya.

Baca Lagi:
Kedai gunting rambut letak harga ikut saiz alat sulit jadi tumpuan ramai
Media Filipina lapor lebih 200 buah kapal dari China mulai memenuhi perairan berhampiran Malaysia
Bau busuk dalam pejabat disangka paip bocor, rupanya mayat staf membusuk selama 4 hari di meja kerja