Ameera Khan dedah kenapa menghilangkan diri selama 6 bulan

Ameera Khan dedah kenapa menghilangkan diri selama 6 bulan

Ameera Khan dedah kenapa menghilangkan diri selama 6 bulan. Pempengaruh popular yang juga adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan memberitahu salah satu sebab dia mengambil keputusan menghilangkan diri dari media sosial kerana tertekan apabila merasakan dirinya dibenci masyarakat.

Menerusi pendedahan yang dibuat ketika sesi siaran langsung (live) dalam Instagram pada Ahad lalu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) berkata, dia perlu berehat daripada media sosial selepas berasa tertekan dengan perkara yang dialaminya dalam dunia maya.

“Saya ada Instagram, orang bercakap tentang saya. Saya berehat daripada Instagram pun orang masih lagi bercakap mengenai saya.

“Sebagai wanita yang masih muda, saya tertekan dan rasa dibenci. Jadi saya perlu berehat,” katanya.

Ameera Khan dedah kenapa menghilangkan diri selama 6 bulan

Ketika menjawab soalan daripada pengikutnya tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh berehat selama enam bulan, Ameera, 22, berkata, dia banyak menyendiri, namun tidak menggalakkan orang lain untuk meniru perbuatan tersebut.

“Selama enam bulan berehat daripada media sosial, saya habiskan masa dengan keluarga, mengembara, bersenam dan membaca.
“Tapi hampir kebanyakan masa saya akan bersendirian. Saya tidak galakkan anda untuk berbuat begitu, cuma saya hanya mahu berehat,” katanya.

Dalam pada itu, Ameera juga memberitahu alasan dirinya menutup muka ketika bergambar bersama keluarga kerana dia enggan masyarakat bercakap apa-apa tentangnya.

Katanya, dia tidak mahu netizen mengambil tahu tentang dirinya termasuk mengetahui aktiviti yang dia lakukan sepanjang tempoh berehat.

“Kenapa tutup muka? Sebab saya tidak mahu orang bercakap apa-apa tentang wajah saya. Mereka (netizen) selalu bercakap tentangnya. Saya tidak mahu orang tahu apa-apa tentang saya,” jelasnya.

Ketika sesi itu juga, Ameera turut mengakui dia tidak boleh meninggalkan ‘dunia’ Instagram sepenuhnya 100 peratus kerana telah membesar dengan platform tersebut.

“Saya membesar dengan Instagram. Saya tidak boleh tinggalkannya 100 peratus, cuma saya reset sementara diri daripada semua orang,” ujarnya.

Pada Julai lalu, Ameera tiba-tiba ‘lesap’ dari radar Instagram selepas bertindak memadam semua foto dan perkongsian dalam platform tersebut.

Malah Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Khan turut memadam gambar profil dan keterangan biografi dalam Instagramnya sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun pada Sabtu lalu, dia membuat kemunculan semula apabila kembali aktif dalam Instagram sekali gus memberi kelegaan buat pengikut yang merinduinya.

Baca Lagi:
Kereta terjunam masuk laut ketika beratur masuk feri
Malaysia bakal diliputi salji?
55 senarai nama sekolah paling pelik & kelakar di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *