Ambulans dipaksa berhenti beri lalu pada konvoi Perdana Menteri

Photo of author

By Joe

Ambulans dipaksa berhenti beri lalu pada konvoi Perdana Menteri. Sebuah klip video viral di media sosial memperlihatkan sebuah ambulans terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi yang mengiringi Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), melaporkan saluran berita CNBC semalam.

Semasa kejadian tersebut, ambulans tersebut dilaporkan sedang membawa seorang pesakit.

Ambulans itu turut diminta untuk mematikan bunyi siren oleh pihak berkuasa ketika kenderaan rombongan Jokowi melintas.

Ambulans dipaksa berhenti beri lalu pada konvoi Perdana Menteri

Insiden ini berlaku di Sampit, wilayah Kalimantan Tengah.

Rakaman kejadian ini yang dimuat naik di platform X telah menjadi viral dan menerima 46 ribu komen.

Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai, di mana sebahagian besar netizen mengutuk tindakan menghentikan ambulans tersebut.

“Salahkan petugas yang menghentikan (ambulans), Jokowi tidak tahu kalau ada ambulans di depannya?”

“Ambulans yang membawa pesakit disuruh berhenti dan mematikan siren hanya untuk memberi laluan kepada rombongan Jokowi. Kalau pesakit itu meninggal dunia, apa jadinya?” kata seorang netizen.

Baca Lagi:
Banyak kenangan, hari terakhir ‘Rumah Biru’ di Kampung Baru sebelum dirobohkan
Mahu jadi jutawan dengan cara mudah, peniaga kantoi ‘curi’ 10 sen setiap kali pelanggan imbas kod QR
Ada masalah peti ais atas sejuk tapi bawah tak sejuk?, Ini cara baiki tak perlu keluarkan modal satu sen pun