Amaran: Lima sungai di Terengganu lepasi bacaan paras bahaya

Amaran: Lima sungai di Terengganu lepasi bacaan paras bahaya

Amaran: Lima sungai di Terengganu lepasi bacaan paras bahaya. Lima sungai di Terengganu merekodkan bacaan paras air melepasi paras bahaya sehingga malam tadi.

Sungai Terengganu di Muzium Negeri, Kuala Terengganu menjadi sungai terbaru mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 2.45 meter (m) malam ini berbanding 1.97 m petang tadi.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat jam 10.45 malam ini, lima daerah itu adalah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun.

Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun melepasi paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 13.15 m berbanding 13.3 m.

Amaran: Lima sungai di Terengganu lepasi bacaan paras bahaya

Di Hulu Terengganu merekodkan paras air di Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan bacaan paras bahaya daripada 19.91 m kepada 20.66 m.

Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman di Kemaman juga mencatatkan bacaan paras bahaya iaitu 4.87 m.

Satu lagi sungai yang mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya ialah Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus daripada 4.59 m petang tadi kepada 4.6 m.

Tiga sungai yang mencatatkan paras amaran ialah Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu iaitu 24.22 m; Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu iaitu 13.01 m manakala Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu iaitu 20.85 m.

Terbaru sungai merekodkan paras amaran ialah Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu iaitu 13.01 m.

Selain itu juga, dua sungai lagi berada paras waspada iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu dengan bacaan 7.7 m dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman dengan bacaan 17.61 m.

Baca Lagi:
Puteri Sarah dedah Syamsul Yusof sudah berkahwin dengan Ira Kazar, Yusof Haslam mula bersuara
Anwar Ibrahim pecat Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara
Kalau nampak binatang ini melekat di dinding rumah, hapuskan terus sebelum menyesal
CATEGORIES