Aliff Syukri bagi tips cepat hamil, tak sangka ini tips dia.
Usahawan kosmetik yang dikenali dengan nama Datuk Aliff Syukri ini sering sahaja akan mencuri perhatian ramai dengan kelakuannya. Menggunakan sosial media sebagai platform untuk pemasaran dirinya dan produk yang dijual, namun kadang-kadang ada yang tidak kena dengan gayanya hingga menyebabkan Aliff Syukri dikecam ramai.
Terbaharu satu lagi video yang telah dimuat naik oleh usahawan ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, dilihat dalam rakaman tersebut kelihatan Aliff Syukri menari sambil memakai kostum adiwira dan tuala semata-mata.
Malah apa yang membuatkan ia lebih tular apabila dia cuba beri tips cepat hamil dan lagu latar bagi video itu dikatakan ‘keterlaluan’ dan tak masuk akal.
Lagu dengan lirik yang dikatakan agak kurang enak didengar itu telah membuatkan Aliff Syukri dikec4m netizen. Rasanya Aliff Syukri sepatutnya pilih lagu yang lebih ‘masuk dek akal’ sebagai salah satu cara untuk memasarkan produknya.
Di ruangan komen dapat dilihat, rata-rata warganet meluahkan pendapat masing-masing mengenai video promosi yang dibuat ahli perniagaan ini.
Berikut antara komen yang ditinggalkan di perkongsian video Aliff Syukri, rata-rata dikecam netizen gara-gara menghasilkan konten sebegini:
Ada yang menganggap ia sebagai contoh s0 ft p0 rn. Jadi salah seorang pengguna media sosial ini hati-hati dengan apa yang anak-anak bakal tonton di sosial media.
Ada yang berpendapat video dengan lagu sebegini adalah sangat tidak sesuai dimuat naik di media sosial.
Selain dari itu ada juga yang mengakui sangat malu menyaksikannya dan meminta Aliff Syukri padam video tersebut.
Berikut adalah rakaman yang telah dimuat naik Aliff Syukri di Instagram miliknya dan menjadi buah mulut ramai baru-baru ini:
— RedsJakes (@RedsJakes) December 16, 2022