Akuarium silinder terbesar di dunia pecah, ratusan ikan tropika mati

Akuarium silinder terbesar di dunia pecah, ratusan ikan tropika mati

Akuarium silinder terbesar di dunia pecah, ratusan ikan tropika mati. Sebuah akuarium gergasi dilaporkan pecah hingga mencetuskan ‘tsunami’ dan mengakibatkan 1,500 ikan tropika bertaburan di lobi hotel serta serpihan bersepah ke jalan berhampiran.

Menurut jurucakap jabatan bomba Berlin, punca kejadian yang menyebabkan akuarium AquaDom berbentuk silinder setinggi 14 meter itu pecah sekitar jam 5:50 pagi (waktu tempatan) belum dikenalpasti.

“Sejuta liter air dan semua ikan di dalamnya mengalir ke tingkat bawah kompleks hotel yang menempatkan akuarium itu,” menurut jabatan bomba.

Akuarium silinder terbesar di dunia pecah, ratusan ikan tropika mati

Dalam kejadian itu, tetamu di hotel Radisson Blu dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat seperti gempa bumi kecil, sebelum melihat akuarium pecah dan lobi hotel yang rosak.

Dua orang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital.

Sementara itu, Datuk Bandar Berlin, Franziska Giffey, berkata ia umpama tsunami dan bernasib baik kejadian orang masih belum ramai di situ.

“Walaupun kemusnahan dahsyat, tetapi kami bernasib baik orang ramai tidak cedera parah,” katanya.

Bagaimanapun, bomba melaporkan hanya beberapa dozen ikan berjaya diselamatkan dan dibawa ke akuarium bersebelahan.

AquaDom, yang dibuka pada tahun 2004, menjadi tarikan pelancong di ibu negara Jerman.

Ia terletak di ruang legar sebuah hotel Radisson Blu dan mempunyai lif berdinding jernih yang dibina di dalamnya untuk digunakan oleh pengunjung ke kompleks riadah Sea Life.

Menurut laman web Sea Life, AquaDom ialah akuarium berbentuk silinder terbesar di dunia.

Ia dibuka semula pada musim panas ini selepas pengubahsuaian selama dua tahun yang menelan belanja sekitar AS$2.7 juta (RM11 juta).

Baca Lagi:
Lori ATM bawa 13 parajurit muda langgar tembok tol, 4 cedera parah
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
Puteri keempat Nurul Iman dedah makanan kegemaran Datuk Seri Anwar Ibrahim, siap kongsi resipi lagi
CATEGORIES