“Aku saksi arwah abang aku hilang arah selepas kakak ipar lari tinggal dia dengan anak umur 5 bulan, 5 tahun aku jaga anak abang terkejut dapat surat mahkamah”. “Aku Dania. Umur aku baru 25 tahun, tahun ini, masih bujang but not available, dan ini kisah aku. Arwah ayah aku berkahwin dua, yang pertama ialah mak aku, dan yang kedua ialah Mama. Hasil perkahwinan dengan Mama, ayah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu arwah abang aku, aku panggil sebagai Abang Dan.
Dan ibu pula melahirkan aku dengan adik bawah aku nama dia Norlia. Disclaimer, nama dalam cerita ini hanya nama samaran ya, kerana takut pihak-pihak yang terlibat tahu yang aku tulis confession ini. Mama aku meninggaI akibat serangan jantung selepas tahu yang arwah ayah meninggaI ketika arwah ayah tengah menyelesaikan urusan kebunnya.
Tidak lama selepas itu arwah abang pula meninggaI disebabkan nahas jalan raya. Untuk informasi, arwah abang aku ini duda anak satu, dia bercerai dengan isterinya ketika anak dia baru 5 bulan. Isterinya bukan warganegara dan selepas bercerai, isterinya pulang ke negara asal atas sebab ingin menguruskan perkahwinan barunya.
Tetapi yang pelik, dia sanggup meninggalkan anak dan tidak pernah sekali pun nak melawat anak dia. Ketika arwah abang masih hidup dan ketika itu dia sedang berusaha untuk membesarkan anak dia, dia sendiri pernah berpesan pada aku jika dia tiada nanti, dia mahu aku tolong jaga anak dia dan sayang anak dia seperti aku sayang anak aku jika nanti aku sudah kahwin dan ada anak.
Hahaha… aku ingat benda itu joke. Rupanya tidak. Betul orang cakap, kadang-kadang orang ini macam boleh tahu yang dia akan pergi siap tinggalkan pesanan. Keadaan aku sekarang pula, aku dengan mak aku sudah lama tidak bertegur sapa sejak kes aku gaduh besar dengan mak aku.
Alkisahnya mak aku mahu aku sambung belajar selepas SPM, tapi aku tidak mahu kerana aku mahu cari duit sendiri, dan aku tidak mahu seperti adik aku itu, sedikit-sedikit minta mak, sampailah duit nak dating dengan pakwe pun mak bagi.
Mak aku pula, ada sahaja salah aku yang dia mahu cari, berkenaan anak bongsunya dia memang tidak boleh nak sentuh walaupun hanya nasihat sekalipun. Selain dari kisah aku tidak sambung study, kisah aku membuat keputusan untuk jaga anak buah aku ini pun menjadi isu juga.
Mak aku ini kadang-kadang aku tertanya-tanya juga, mana lah pergi sifat kemanusiaan dia. Bayangkan, ketika arwah abang aku baru bercerai, dan ketika itu arwah abang memang hilang arah, dia dipecat dari kerja, anak pula kecil-kecil lagi sudah terputus susu dari ibunya yang kurang bertanggungjawab itu.
Kemudian arwah abang sudah tidak ada ayah dan Mama, hanya kami sahaja yang dia ada walaupun dari mak lain, dan mak itu bukan mak dia.. Tetapi mak tetap mak tiri dia. Mak boleh pula marah dia sampai cop dia “pemalas” kerana dia datang rumah dan minta tolong dari mak untuk pinjam 100 untuk beli susu dan pampers anak, selepas itu dia minta tolong dari mak untuk menjaga anak dia sementara dia mencari kerja.
Padahal masa itu mak sudah habiskan hampir separuh harta arwah ayah yang mana duit bank arwah ayah kerana mak tertipu dengan love scam seperti itu. Kejamkan?? Sebab itu lah aku rasa tidak bersalah bila aku membuat keputusan untuk jaga anak buah aku sendiri.
Amanah kot, dan itu satu-satunya amanah yang arwah abang tinggalkan. Ketika aku decide untuk jaga anak abang aku pada awal-awal, dia marah tau sampai buat perangai budak-budak. Aku tahu betul mak marah bila dapat tahu arwah ayah memberi penamaan kebun dia kepada arwah abang.
Aku tahu mak tidak suka arwah abang macam mana mak tidak suka Mama. Tetapi, mak tidak layak menghukum sebegitu rupa. Ketika aku jaga anak arwah abang aku itu, aku sudah bekerja, tetapi bekerja kilang lah. Aku memang ada duit simpanan, dan duit itu sebenarnya aku kumpulkan untuk sambung study.”
“Tapi bila tahu mak macam tak nampak usaha aku nak sambung study siap cakap aku ni kedekut bab duit gaji, walaupun aku sudah jelaskan banyak kali yang aku simpan duit tu untuk study, jadi aku malas dah. Okay, lepas minggu pertama aku jaga anak buah aku, masa itu aku masih bekerja, tapi aku minta dekat orang atasan aku untuk ambik syif malam, jadi waktu pagi ke petang aku ada masa untuk tengokkan anak buah aku.
Pada waktu malam masa aku tak ada, adik aku yang akan jaga. Aku tidak paksa, tapi dia nak tolong walaupun mak marah-marah untuk biarkan budak tu. Tapi sebab aku kesian kat adik aku asyik kena marah, jadi aku cakap kat dia yang aku nak berhenti kerja dah.
Lepas aku berhenti kerja, aku gunakan sepenuhnya duit aku untuk beli keperluan baby. Mak aku masa itu dah penat mulut kot, jadi dia senyap saja dan buat hal dia, tapi kalau aku pakai barang rumah macam mesin basuh untuk basuh baju baby, mak aku sendiri matikan mesin basuh tu dan suruh aku basuh pakai tangan.
Bukan itu saja, kalau baby nangis, mak aku akan marah dan suruh aku bawa di keluar. Sedih tau. Aku berkaca mata hari-hari dan akhirnya aku decide untuk tinggal kat rumah Mama yang tak ada siapa duduk tu. Rumah Mama dengan rumah Mak jauh sangat, so tak ada aku nak hadap mak aku tu.
Dia tegur orang boleh, bila kita tegur dia nak marah-marah sampai cakap aku ni anak derhaka. Penat aku layan dia, boleh mental karang. Di rumah Mama ni segala-galanya cukup sebab Mama ni jenis yang rajin. Nak makan, tinggal petik jer sayur belakang rumah. Rumah dia pun ada kandang lembu kambing.
Sebelum aku pindah ke sini, adik Mama yang akan tengok-tengokkan. Lepas tahu aku jaga anak arwah abang dan mak layan aku teruk-teruk sampai aku decide tinggal kat rumah Mama, adik Mama jugak tolong uruskan.
Yang jadi masalah untuk aku sekarang ialah bagaimana nak jadi seorang mak yang baik padahal aku mak instant” kot. Mana ada pengalaman. Tapi sejak ada anak” ni aku jadi too much mak-mak. Sekarang umur anak buah aku ni nak masuk 5 tahun dah.
Dia petah bercakap tau macam arwah abang aku. Tipulah kalau aku tak pernah burnout bila dia overactive, tak reti nak senyap, but itulah pengalaman manis yang aku ada. Dan kalau korang nak tahu, aku perang lepaskan lelaki yang aku sayang sebab anak”.
Lelaki tu aku kenal dari zaman sekolah rendah, dia ajak aku kahwin masa anak buah aku ni umur 2 tahun, pastu aku tanya dia “ready tak nak jadi bapak instant?” tapi dia macam tu lah… tak plan pasal anak, nak enjoy dulu zaman berdua.
Ooo aku macam tak rasa dia boleh jadi Papa instant macam aku jadi Mak instant. Dan kalau korang nak tahu keadaan aku sekarang selain nak jadi “good mak”, aku jugak tengah naik turun mahkamah untuk hak jagaan penuh anak buah aku al sebabnya..
Mak dia tiba-tiba muncul. Bertentang empat mata dengan aku belum pernah, tapi tiba-tiba surat sampai ke rumah Mama yang katanya si fulan tu nak anak dia balik. – Dania (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet:
Puan Zulaikha: Semoga dapat hak jagaan penuh. Kasihan anak kalau tiba-tiba mak dia ambil. Mak kandung dia belum tentu boleh jaga dengan baik. Takut ada udang di sebalik mee memandangkan maknya bukan warganegara.
Mohamad NoraMin Sarkawi: Sebabnya mak anak saudara awak tu nak harta si bapa. Nak tuntut faraid tak boleh sebab kena cerai sebelum meninggaI jadi si ‘mak’ tu akan gunakan anaknya nak ambil harta arwah abang awak.
Noraziah Amdan: Perempuan itu muncul kembali mungkin dia sedang alih tanah kebun arwah abang yang kini anak buah TT pewarisnya. Bijak sungguh ambil kesempatan. Yang pelik, celik saja mereka tentang harta yang rakyat kita ada. Di negara sendiri tak nampak pulak peluang.”